Monday, 31 March 2014

G5 Mulu Summit



MULU SUMMIT
 

 
Flirting jab dengan Co-pilot dan Pramugara
 
 
Misi bermula pada 22 Mac 2014 bertolak dari Kuching International Airport pukul 10.50 pagi dan tiba di Mulu sekitar pukul 12.30 tengahari. Alhamdulillah dapat belon yang direct terus dari Kuching so tak perlu singgah Miri.
 
 


Dari airport nak ke Taman Negara Mulu boleh naik kereta sapu yang tunggu kat airport dengan bayaran RM5.00 je. Kalau nak jalan pun boleh gak rasanya dalam 1KM je.



Sebelum ke sini lebih baik booking dulu terutama pakej ke Mulu Summit dan Pinnacle sebab ada koata bagi tempat tu. Boleh ke www.mulupark.com semua info tentang aktiviti dan bayaran ada kat situ. Pakej ke Summit ni RM475.00 per person dan Pinnacle RM350.00 per person.


Bayaran entrance fees national park ni RM15.00 bagi 5 hari. that means kalau more than 5 day kena bayar RM30.00. Setiap pelawat dapat taq kena pakai sepanjang disana.


 Suasana dalam hostel ada juga yang macam bilik-bilik sikit tapi sapa cepat dia dapat la..


Hostel kat sini murah juga RM43.00 1 malam cumanya kena campur laki n perempuan tapi jangan riso no one wil bother you.. as long as muslim girl jaga aurat. Selesa ada ruang singki dan basuh baju but no cooking here.. ( kami curi2 juga masak nasi dalam mess tin kat kawasan sidai baju untuk buat bekal ke Summit)


Sarapan pagi pun disediakan ada 4 pilihan menu kat café tu. Orang Malaysia meme tak terlepas dengan set nasi lemak ;) . Makanan kat café ni mahal la juga so kalau nak jimat bawala lauk kering macam sambal ikan bilik kering ke, makanan dalam tin ke.


Pakej ke summit ni dalam 1 kumpulan 12 orang je. so that trip kami becampur dengan mamat France nama dia Manuel. Pilot instructor asyik nak cepat aje! Tracking ke summit bermula on 23 Mac 2014 pukul 8.30 pagi bekumpul kat HQ opis. Kat sini punctuality sangat penting kalau tak abis misi menawan puncak gunung. Dari park HQ ke Camp 1 lebih kurang 3 jam dengan kelajuan yang agak maksima la.. tapi kena pastikan sampai kat Camp 1 ni pukul 12 tengahari.
 

 
laluan track dari park HQ ke simpang summit melalui jalan taril kayu yang selesa pastu kena ikut jalan hutan yang mendatar dan rilek. Area ni tak susah sebab laluan memang jelas dan terang. Ada 2 kali la kena menyeberang sungai yang paras buku lali dan paras peha.
 


Selalunya camp 1 ni just untuk berhenti lunch sahaja bukan untuk tido sebab pondok ni agak rendah dari Tanah so pacat memang merayap naik atas pondok tu. Agak bahaya tido bersama pacat tapi bagi yang nak mencuba boleh juga try tido kat camp 1 ni.. ;b . team kami agak laju 11.30 pagi dah sampai sini untuk makan tengahari. kami rehat 1 jam pukul 12.30 tengahari mula ke camp 2.



Jarak ke camp 2 ni tak jauh dalam 1.5 km je tapi camp 2 ni tak ada pondok sebab dah roboh just berhenti sevelum mulakan pendakian ke camp 3 yang agak mencabar dengan muatan beg yang terlebi berat. So bagi yang tak biasa bawa beg berat-berat tu baik bayar potter je sebab dari camp 2 ke camp 3 laluan berbukit 50 darjah dan ambik masa lebih kurang 5 jam. Mula dari Camp 1 hingga ke Camp 3 memang banyak pancat so di nasihatkan pakai la sluar legging dan baju tight kat dalam.


 
Akibat daripada beg yang berat perjalanan kami jadi perlahan so masa dah lari sikit sampai ke camp 3. kami terpaksa berjalan dalam gelap. so head lamp/ lampu suluh sangat penting dan pastikan berfungsi dengan baik. Lebih baik elakkan tracking waktu malam sebab risiko kecederaan akan menjadi sangat tinggi.

 

Camp 3 ni agak terbuka sikit dan sejuk pada waktu malam tapi ada sumber air dan tandas. Alatan dapur juga tak perlu bawa sebab park dah sediakan potter untuk bawa ke atas bersama-sama kita.
tapi gas kena beli dan bawa sendiri. Gas ada dijual di kedai di park dengan harga RM13.00 sebotol. Seorang disarankan untuk bawa 2 botol gas.


Camp 4
 

Hari ke 2 iaitu on 24 mac 2014 kami tiba di camp 4 dari camp 3 ambik masa lebih kurang 4 jam setengah. Bawa makanan dan pakaian untuk 1 malam je yang lain boleh tingal kat camp 3. Mula tracking dari camp 3 pukul 7 pagi sampai di camp 4 pukul 11.30 pagi. Kebiasaannya guide akan mengarahkan untuk tiba di camp 4 sebelum pukul 11.00 pagi dan if lebih masa makan tak boleh nai ke summit that day. so lebih baik discus dengan guide sebelum mula tracking malam sebelum tu so that semua orang clear dengan jadual.

Pada pandangan saya, lebih baik jangan ke puncak pada hari ini sebab kalau naik pun memaang banyak kabus dan tak dapat tengok view. bahkan akan menyebabkan dari puncak ke camp 4 akan melibatkan malam hari.

so after discus dengan guide kami pun stay je kat camp 4 ni dan akan ke puncak pada esok harinya iaitu on 25 mac 2014 tapi seawal yang mungkin.


Ni area Halipad view sambil boring2 tak ada aktiviti boleh naik kesini tengok view tak jauh dari pondok camp 4 dalam 5 minit je. Puncak kat belakang tu memang dah summit.


 
 Suasan ada dalam camp 4. Jangan lupa bawa sleeping beg dam carry mate. kalau rajin nak bawa hammock pun boleh juga gantung kat dalam tu.
 

On 26 Mac 2014 seawall pukul 5.30 pagi selepas subuh kami dah mula tracking naik ke puncak tujuan adalah supaya dapat bepatah balik ke camp 4 untuk ke camp 3 (bermalam di camp 3) sebelum pada waktu malam. Kelebihan naik pagi2 ni tak penat dan dapat tengok sun rise.

 



 


 

 
Puncak Mulu
 
Dari camp 4 ke puncak lebih kurang 6KM dan laluan memang mencanak tepacak. Pastikan kasut yang dipakai tu tak licin sebab kena panjat kawasan berbatu dan bertanah liat yang licin. Pukul 8.10 minit kami sampai dipuncak view memang cantik sebab pagi dan tak berkabus. Pukul 9 pagi kami mula turun ke camp 4 untuk ambik barang2 dan gerak ke camp 3 bagi bermalam 1 malam lagi sebelum balik ke HQ.

Dari puncak pukul 9 pagi kami sampai ke Camp 4 pukul 11.00 pagi. Makan tengahari dan ambik barang2 serta rehat dalam 1 jam. Pukul 12.00 tengahari start tracking balik ke camp 3. Kami ambik masa 3 jam untuk sampai ke camp 3.

Malam kami rehat, sembang2 dengan mat salleh France tu pukul 10.00 malam tido. on 27 mac 2014 kami ready seawal 6.45 pagi untuk tracking balik ke HQ. Dalam pukul 11.30 pagi kami sampai di camp 1 untuk rehat dan makan. Balik agak cepat sebab menurun bukit. bagi mereka yang sayang lutut sila la bawa tongkat.

Sekitar pukul 1.30 tengahari dengan jayanya kami semua tiba balik di park HQ.
 

 

 


 

 
 
 

 
 ok tu jer.. yang tracking ke Pinnacle kat post lain.. penat piker ayat.. hahha

kakung kakung!!!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Monday, 17 March 2014

Kek batik


 
 

 
 
Kek batik adalah kek yang paling simple dan mudah nak buat.. tak perlu guna oven.. guna dapur je.. kek ni kat Sarawak agak fames la juga.. terutama bila bulan ramadhan.. kat bazar-bazar banyak boleh jumpa. bahan-bahan juga mudah dan murah. so kalau nak buat jual tu kira okla..
 
tercetus nak buat resepi ni pun sebab my BFF nak belajar. so kami pakat sama-sama buat ujikaji . Alhamdulillah setelah cobaan kali ketiga akhirnya berjaya.
 
 
Bahan-bahan
 
Biskut marrie     250 gm (patahkan 4)
 
Susu pekat         1/4 cup
 
Air                     1/4 cup
 
butter                 125 gm
 
koko                   1/2 cup
 
serbuk nescafe   1 sudu teh
 
 telur                   2 biji (pukul telur dadar)
 
 
 
Cara penyediaan :
 
 
Masukkan susu pekat, air, koko,  dan serbuk koko serta kacau hingga sebati (tak perlu buka api). kemudian masukkan telur dan kacau hingga sebati. kemudian buka api perlahan dan kacau hingga adunan menjadi sedikit pekat. Padamkan api, masukkan roti marrie yang dah dipatahkan kedalam adunan koko tadi. Gaul himgga sebati dan masukkan kedalam bekas/loyang. Bagi memudahkan nak tanggalkan kek sapukan loyang dengan mentega atau lapikkan loyang dengan plastic. Tekan hingga padat adunan tersebut dan simpan dalam peti sejuk sebelum dihidang.
 
so selamat mencuba dengan jayanya!!!
 
kakung kakung!!!
 
 
 



Sunday, 16 March 2014

Cream Caremel @ Puding Gula Hangus




Cream Caremel atau lebih dikenali sebagai Puding Gula Hangus.. nak buat resepi ni macam-macam cara ada yang bakar ada yang kukus. tapi saya lebih prefer cara bakar sebab tekstur cream caramel ni lebih padat berbnading kukus yang seakan agar-agar.

Dah lama tak buat cream caremel ni sebab bukan makan pun..hihihi.. buat ni pun sebab setiap rabu petang terlibat dengan CSR di rumah pelindungan kanak-kanak Kuching. so nak tak nak kena la praktis balik setelah 10 tahun tak buat.

Dek kerana sedekad tak penah buat, maka itu la yang terhasil.. hudoh bebenor rhope nye ate tengok.. tapi yang penting sedap.. hahahah.. tapi sebagai seorang yang passionate tentang cooking bila masak xbrape nak menjadi.. kecewanya sama macam putus cinta.. masak guna oven ni ada leceh sikit berbanding kukus.

So no bahan-bahan:

Bahan A

500 liter susu segar
5 biji telur
75 gm gula halus

Masukkan semua bahan-bahan diatas dipukul dengan pemukul tangan hingga sebati dan kemudian ketepikan.

Bahan B

200 gm gula halus
100 ltr air

Air dan gula dimasak diatas api yang pelahan sehingga gula menjadi keperangan warna teh agak gelap. Tuang dalam loyang dan dibiar sejuk. Pastikan gula tidak terlalu lama dimasak sebab nanti rasa gula jadi pahit.

Setelah gula hangus sejuk dan membeku tuangkan adunan bahan A kedalam acuan loyang tadi. Bakar dalam oven 180'c selama 20 minit.

Kalau nak kukus pun boleh... masuk je dalam periuk pengukus.. dalam 15 minit dah siap..


Biarkan sejuk sebelum dihidang. Sedap lagi kalau dibiarkan dalam peti sejuk.


Selamat mencuba!!

kakung kakung!!!

Monday, 3 March 2014

Fancy Bun


                                                                      Fancy bun


Bagai dikata pada post sebelum ni, weken lepas adalah minggu rajin sedunia.. makanya rajin la buat itu ini kat umah. sambil-sambil asah bakat test mesin roti yang baru beli tu. Buat roti ni perasaannya ibarat becinta.. bila doh naik mekar kembang... wahhhhh indahnya perasaan... masa bakar plak harum satu rumah bau ibu roti.. hmm.... sungguh mendamaikan..

Nak dapatkan roti gebussss macam tu ambik masa 2 tahun praktis, praktis, praktis dannnnnnnn pratis tanpa rasa jemu. Macam buat pizza, saya spend duit pergi menuntut ilmu dari 3 orang chef.. demi nak dapatkan roti yang cantik. Alhamdulah ada kakak angkat yang dah lama dalam bidang bakery ni bagi sedikit tips. so terhasilla roti bun yang gebussss...

Bahan-bahan :

500 g  Tepung roti
11 g yis segera
1 biji telur
10 g garam halus
75g gula kastor
100 g butter/shortening/apa2 bahan-bahan lelemak
10 g bun softener
10 g bread improver
200 ml air sejuk
1 sudu makan susu tepung

Cara penyediaan ;

1. masukkan tepung roti, yis, telur, gula, bun softener, bread improver, susu tepung kedalam mesin
   pengadun. Gaul hingga semua bahan sebati.
2. Masukkan air dan garam. Uli hingga menjadi doh.
3. Masukkan butter uli hingga menjadi doh yang kental lagi licin dan bila ditarik seperti doh roti
    canai.
4.Keluarkan doh uli guna tangan untuk buang angin dan bentukkan bulat serta direhatkan dalam
   bekas bertutup dengan kain yang lembab selama 1 jam atau 2 kali ganda dari bentuk asal.
5. keluarkan dan uli sekali lagi untuk keluarkan angin. Bentukkan bulat-bulat (50 g).
6. Masukkan inti dalam doh. kemudian rehatkan untuk sekali pengembangan dalam 15 minit.
7. sapu dengan bahan gliss dan tabur bijan kemudian dibakar dengan kepanasan oven 180 'c
    (20 minit).
8. Doh yang masak dikeluarkan dan disapu dengan butter.

                                                              Red Bean Bun

Nota: Fancy bun adalah soft bun yang dibentukkan dengan pelbagai rupa. Semalam ada malas sikit ada beberapa je yang saya buat bentuk yang lain buat bulat je.

selamat mencuba!

Kakungkakung!!!

Home made Lamb Grill Pizza






Hai semua... minggu lepas ada free sikit xda sebarang aktiviti melibatkan urusan luar so weken lepas habiskan cuti minggu asah skill buat pizza. Pizza ni kalau tau cara buat doh yang best.. kompom dah tak nak makan pizza kat luar lagi. Saya tak kisah nak kongsi resepi tapi bagi mereka yang baru nak berkecimpong tu bawa-bawa la cari guru belajar teknik yang betul buat doh pizza.. tak rugi pun cari ilmu.. macam saya sendiri 3 kali cari chef berbeza-beza tak kisah dengan duit yuran as long dapat ilmu.


Bahan-bahan :

2       cawan tepung gandum
         secubit gula
1       sudu makan yis segera
3/4    air suam
1/2    sudu the garam
1/4    cawan minyak zaitun

Cara penyediaan :

1.yis segera dan gula dicampur kedalam air suam. Biakan selama 5 minit atau sehingga keluar buih.
2. Campurkan tepung, garam, dan minyak zaitun dalam mesin pengadun. Gaulkan sehingga semua bahan sebati.
3. Masukkan campuran air suam ke dalam adunan. Uli hingga doh menjadi licin.
4.Ke luarkan dari mangkuk mesin pengadun dan uli guna tangan bagi mengeluarkan angina dalam doh.
5. Bentukan bulat dan biar dalam mangkuk di tutup dengan kain lembab selama 1 jam atau doh kembang 2 kali ganda.
6. Keluarkan doh yang sudah kembang, uli sekali lagi bagi proses pembuangan angin. Bentukkan mengikut acuan pizza.
7. Cucuk doh dengan garfu bagi mengelakkan doh kembang. biakan dalam 15 minit.
8. Bakar doh seketika (5 minit)  deagan suhu 180 darjah Celcius kemudian isikan dengan topping kegemaran anda dan sambung bakar sehingga kulit pizza kelihan kekuningan.



Bahan-bahan Inti:

1 Tin tomato puri
2 biji bawang besar (cincang)
1 biji labu bawang putih (cincang)
3 biji lada benggala (warana merah/ kuning/ hijau -  separauh di cincang separauh di hiris untuk hiasan)
500 g daging cincang
2 helai daun bay
1 sudu makan oregano/ pizza mix herbs
1 sudu lada hitam
2 sudu makan sos thai
2 sudu makan sos cili
4 sudu makan minyak zaitun
1/4 cawan air
1 sudu makan garam

Cara penyedian:

1. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau dan masukkan daging cincang.
2. Masukkan tomato puri dan air. kemudian masukkan lada benggala tummis hingga naik bau.
3. Masukkan lada hitam, daun bay, oregano/ pizza mix herbs, sos cili thai dan sos cili. Gaul hingga sebati dan perasakan dengan garam. Bia sejuk baru letak pada kulit pizza.

Hiasa pizza:

Semangkuk topping
2 biji bawang besar (hiring ring)
3 biji tomato (hiris bulat)
lada benggala ( hiris memanjang)
cendawan butang (hiris nipis)
mozzarella cheese
oregano
3 keeping lamb grill (hiris nipis)

Nota: letak topping dahulu kemudian baru hiaskan dengan apa-apa bahan yang lain. Topping ni juga sesuai dimakan dengan spegetti. Kalau tak da lamb grill pun tak pa boleh gantikan dengan sosej ke.. isi ayam ke.. cumanya kena tukar nama la.. hihihih

Selamat mencuba semua..

Kakungkakung!!!