Thursday, 27 February 2014

Exspedisi Banjaran Bugoh


Tahun 2014 adalah tahun gunung-ganang... dalam erti kata lain setiap bulan rancang masuk hutan kua hutan mencari ilham. 22-23 Februari 2014 maka berkumpul kami ramai2 kat kampong Tringgus, Bau. Membawa hajat nak meneroka Banjaran Bugoh yang terletak di daerah Bau, Sarawak. Plan nak pergi sini dah lama buat tapi asyik tetangguh sebab macam-macam hal. 5 kali tunda!! tapi as organizer aku gagahkan diri juga melayan segala macam dugaan nak ke sana.


Team ni agak ramai 20 orang peserta, pada awalnya 30 orang.. last minit subuh-subuh dah ada yang mesej cakap xdapat ikut. ikut hati geram juga sebab dah bebeli barang-barang.

7.30 pagi semua kena bekumpul kat opis aku Kolej Komuniti Mas Gading. Aku? pukul 7 pagi dah tepacak kat depan lobi kolej al-maklumla organizer.. disiplin datang awal kena jaga...bum bam bum bam.. makan 1 jam. 8.30 terus gerak gi kampong Tringgus. taklimat sana taklimat sini.. pukul 9.45 juga baru start masuk hutan.
 
 
Kampung Tringgus ni dok paling hujung kawasan Krokong.. so nk ke tempat starting tu kena guna jambatan gantung.. lalu celah-celah rumah orang bidayuh.. yang menarik ada rumah yang masih lagi dibuat daripada buluh.. unik.. tapi rasa kecian.. yela kat Malaysia ni masih ada lagi ramai yang susah perlu dibantu.. ;(

Orang kampong bagitau nak kesana perlu lintas 13 kali sungai Sarawak Kanan paras lutut air tu.. urmmm lebih kurang 4 jam!! katanye 4 jam!! Awal-awal starting first sungai nak seberang kami dah terpecah kepada 2 kumpulan... 1 kumpulan sesat dalam kebun getah orang kampong.. nasib baik aku ikut jalan yang lurus lagi benar.. so perjalanan Alhamdulilah... tak banyak sangat ranjau beduri..


 pakat dok lompat atas batu kunun sik mok basah orang Sarawak kata. tapi kalau dah 13 kali mana tahan beb.. gasak jaklah dalam air.

Akibat ada yang sesat tepaksa betunggu.. so banyak buang masa.. dah lari sikit timing program. patut 2 jam dah boleh sampai kat check point 1. tunggu punya tunggu.. akhirnya team 1 lagi sampai juga.. risau juga.. lepak makan bekal yang dibawa.. pukul 12.30 start gerak ke lokasi perkhemahan.. limpas (lalu) kawasan padi huma .. cantik!!! padi tengah menguning..



siap behenti RNR ambik air mineral free..
 

sumber air suci lagi murni area ni begelen.. sedap plak tu segar dari gunung sejuk macam dalam peti air.

Treak kat sini best sebab tak membosankan.. macam-macam view boleh tengok.. kebun lada hitam, kebun getah, sawah padi huma, kawasan pokok-pokok buluh ( saiz XXXXL nang besar). jalan pun agak landai.. xla penat sangat dengan beban beg yang gedabak tu. Pukul 4.00 petang semua sampai.. so tambah tolak.. bukan 4 jam perjalanan tapi 6 jam oi!!! sampai je semua orang sibuk pasang khemah..pasang hammock.. aku lekkkkk jerk.. sebab aku tido kat pondok orang kampong.. hahahaha.. malas nak ber'hammock' takut hujan.

nila hotel bebintang-bintang aku. selesa sikit boleh guling-guling.. kalau hammock ni pening kepala dibuatnya.. tehayun-hayun..

Petang pakat ramai-rami masak BBQ- ayam dan kambing. Nasib baik masih ok benda alah tu.. mau taknye.. seharian dalam beg.. Malam aktiviti ice-breaking.. sebab team yang g ni.. tak semua aku kenal. kira kawan bawa kawan bawa kawan la... pukul 10 malam semua dah tido. 6 jam punya pasal... lagi pun esok pagi-pagi lepas subuh dah nak gerak ke puncak.

Pukul 5.30 pagi semua bangun dan bekemas packing barang, pukul 7 lepas buat regangan terus gerak ke kawasan 'waiting area' (sapa2 yang dah injured tunggu situ). 2 jam juga la bejalan susur tebing bukit naik ke puncak. view!!! MasyaAllah.. Subhanallah.. cukup cantik.. pokok-pokok bongzai menghijau kiri kanan.. ala-ala kat korea juga la.. udara dingin.. sejuk bila angin tiup macam on aircon.

Treak ok.. tapi ada part-part yang macam bahaya sikit sebab lalu kat lereng bukit dan bahaya.. aku pun sikitttt lagi jatuh gaung.. penat punya hal terus landing kat pokok. tak prasan tunggul kayu mati.. krekk.. krekk.. krekk pokok tumpang.. sempat kawan aku sambar lengan.. kalau tak.. THE END.

makanya yang dalam gambaq tu saja sampai puncak. yang lain ada terkandas.. kat sini ada tugu sempadan Malaysia-Indonesia. Tapi jangan risau tak perlu bawa passport.. sb xda imigresen kat situ.


tak lama kat atas tu pakat rushing turun bawah sebab nak singgah kat waterfall plak. kisah asal nak g sini sb nak tengok air terjun 3 warna kata orang kampong. tapi agak kecewa sebab tak seperti yang dibayangkan. Pukul 12 tengahari sampai Waterfall tu.. Alhamdulillah terubat juga rasa kempunan .. cantik.. 3 tingkat.. tapi kawasan kolam tak dalam.. paras-paras dada itik jerk..


kat sini tak lama.. buka bekal.. makan.. mandi sat.. begambar sat.. terus turun ke kawasan kampong. sebab takut akhir sampai bawah. pukul 4.00 petang semua sampai kat kawasan meeting point semalam. Pendek kan cita.. menyeronokkan... so sapa-sapa nak kesana boleh hubungi tuan Tanah en.Aun 0198461495 (tuan Tanah tempat khemah) ataupun gi je kat www.krokonghomestay.com.

ok sampai jumpa lagi!

Kakungkakung!!!


Wednesday, 26 February 2014

Kakungkakung!!!


Finally... lahirlah blog yang dah lama nak buat.. tapi tak terbuat-buat.. bukan sebab busy tapi buta IT sikit.. kakungkakung??? ha.... tak tau nak letak nama apa sebenarnya.. puas dok pikir sambil makan KFC td.. tetiba teringat la zaman-zaman dolu-dolu masa kat unimas selalu main kakungkakung dengan kawan-kawan..

kakungkakung ni bahasa orang korea main dengan budak-budak.. ala macam kita kat Malaysia ni.. bak bak cak.. ingat nak letak nam 'Bunga Lawang' tapi macam kearah maknan plak.. sebab musabab buat blog ni nak share macam-macam tok nenek.. so bia nama tu tak mewakili apa-apa..

so Bunga Lawang simpan je untuk masa hadapan kot-kot ada rezeki dapat buka café sendiri nanti.. hahahah berangan sat.. InsyaAllah.. suatu masa..

tu je kot buat masa ni..

kakungkakung!!!

;)