Monday, 23 November 2015

Warkah untuk Dhiya Damia






Dhiya Damia Didi Iswandi, lahir pada 21 Julai 2015 pada pukul 3.24 petang secara ceaser di Hopital Umum Sarawak, Kuching. 


Pada November 2014 setelah kelewatan period 2 hari!! dengan perasaan excitednye beli pregnancy test kat farmasi. hahaha... pukul 4.00 pagi cek urin test.. alhamdulillah.. double line kot!! terang gila garis merah.. but still tak nak berharap sangat.. sambung balik tido, esok pagi time subuh baru bagitau abah Damia pasal urin test positif. Oleh kerana nak lagi kepastian kami refer dengan klinik dua hari kemudian. Alhamdulillah... doktor pun mengesahkan pekara yang sama.

Diawal kehamilan agak membingungkan sebab asyik duk bleeding jer.. dengan morning sickness dari bulan kedua hingga tujuh bulan. Setiap pagi, petang dan malam.. asal makan muntah.. muntah je makan.. tapi Ummi besyukur tak da la pulak rasa nak mengidam pelik-pelik.. tapiiiiiiiii emosi ada main. stress Abah Damia nak melayan kerenah manja dan suka merajuk Ummi.. tanda-tanda baby perempuan kot..

Dari awal kandungan lagi naluri dah rasa baby yang bakal lahir tu perempuan... walaupun ramai la tok tok nujum duk cakap laki kan.. tapi naluri bakal ibu tu lebih kuat kot.. Sepanjang hamil juga tak da sebarang penyakit seperti darah tinggi atau kencing manis. Alhamdulillah.. syukur sangat.. al-maklumla history keluarga Ummi ni ramai yang ada kencing manis..

masuk je tujuh bulan, doktor scan Damia tak mo pusing bawah.. hurmmm masa tu tak risau sangat sebab masih awal kot.. Damia nak main-main kat atas lagi kot.. hahaha .. after 8 month pun masih sama.. masih songsang juga.. sampaila 9 bulan doktor scan keadaan Damia dalam perut masih songsang. masa tu Ummi redho jela.. nak buat macam mana kan.. dah rezeki besalin kena operate. kata orang.. lain orang lain pengalaman besalinnye..

Doktor GH, Kuching set kan 21 Julai 2015 tarikh operation.. so 20 julai tu dah check-in la.. nebes gila kot masa tu.. dah la hospital kerajaan Abah Damia tak boleh ada dalam bilik OT.. hanya zikir dan doa nabi Yunus je yang dapat dibaca nak tenangkan hati Ummi yang ketakutan.

Masa dalam operation, Ummi temuntah-muntah sebab kesan bius. Dah la nebes.. muntah lagi.. Tengah duk layan gementar tu tetiba doktor bius cakap.. BABY BE STRONG!! ?????? ha? kenapa dengan anak aku? kena tak dengar anak aku nagis pun! Ya Allah takutnya masa tu.. tak lama lepas tu dengar la suara nyering Damia nagis.. uuuwek..uuuwek..( rentak nagis Damia)

tapi semua tu hilang bila tetiba doktor datang bawa Damia tunjuk kat Ummi untuk pertama kalinya.. wahhhhhhhhhhhhhh putihnya anak aku!! tula yang terlintas dalam kepala.. macam tak percaya je anak putih sangat.. Alhamdulillah rezeki dari Allah.. waktu tu Damia tak nangis pun.. Damia senyum je.. sampai sekarang ummi masih ingat.. pastu nurse uruskan Damia.. sampaila dah abis semua prosedur operation dan Ummi dibawa ke ward.

Damia di masukkan ke nuseri selepas je operation. Pukul 12.30 malam baru nurse hantar Damia kat Ummi. Nasib baik masa tu Abah Damia dengan Ummi (curi-curi masuk ward tengah-tengah malam hihihi). Damia tak nagis pun masa nurse hantar.. diam je dalam katil.. Seronok ummi masa tu.. Pukul 1.00 pagi Abah Damia balik.. maka tinggal la Damia dengan Ummi kat ward. Sepanjang-panjang malam tu Damia tak mo tido!!! wua..wua.. ummi plak yang nak nagis.. Damia nak main.. sik mok duk dalam katil Damia.. oooooo Damia nak duk sebelah Ummi rupanya.. Pukul 5.00 pagi masa azan bekumandang baru Damia tetido dalam pelukan Ummi.

SEJARAH NAMA

Nama Dhiya Damia tu bemaksud Cahaya Kebijakkan. Ummi yang pilih dengan persetujuan Abah Damia. Ummi dan Abah harap Damia dapat menjadi anak yang bijak. Bubulan juga Ummi cari-cari nama yang sesuai untuk Damia.. antaranya Khalisa, Dian, dan Safiya. tapi Abah Damia lebih sukakan nama Damia. agaknya sebab pendek kot dan off course la mula dengan D!!!! Dhiya tu just nama untuk sedapkan nama. sebab tu ummi tak berapa gemo kalau orang panggil Damia Dhiya. Sebab Ummi nak oarang selalu doakan Damia dengan Kebijakkan!

SUSPECT JANTUNG BELUBANG

Doktor suspect Damia ada masalah lubang yang tak tertutup kat jantung Damia.. Ya Allah masa tu memang Ummi setiap malam bila tengok Damia tidur je..mesti Ummi nagis.. sebab membayangkan macam-macam kalau lubang kecil pada jantung Damia tu tak mo tutup. Alhamdulillah waktu pemeriksaan kat Hospital Jantung, Samarahan doktor sahkan jantung Damia normal macam kanak-kanak lain.. 

waktu Ummi mengarang warkah ni, umur Damia 4 bulan. Damia kuat merengek dan manja.. tak mo duduk asyik kena dokong jerk!!! tapi Ummi suka!! sebab hari-hari Damia dekat dengan jantung Ummi. 39 minggu Damia duduk dalam perut Ummi dekat dengan Jantung Ummi.. jadi dah kua pun Ummi nak Damia rasa degupan Jantung Ummi.. 

Walaupun ada suara-suara sumbang duk cakap jangan selalu angkat anak nanti susah nak buat kerja.. well Ummi tak kisah kena dukung Damia sambil buat kerja!! hahahah.. caya tak? Ummi masak sambil dukung Damia? tapi masak yang tak meletup-meletup la.. off course la Ummi syaang anak Ummi tak mo kena minyak masak yang panas tu.


HARAPAN UMMI DAN ABAH

Ummi dan Abah bukan orang senang sayang.. tapi kami akan berusah bagi pendidikan yang baik pada Damia semoga dengan ilmu yang Damia dapat tu dapat menjadikan Damia anakyang bejaya di dunia dan akhirat. Berbanggala menjadi anak kepada NORSHAFIZA ZAKARIA dan DIDI ISWANDI sebab Dhiya Damia anak Ummi.. Buah hati Ummi!!!