Wednesday, 19 November 2014

Paprik Sotong

 
 



Menu hari ini.. paprika sotong!! ni salah satu menu thai. nak sediakan menu ni mudah je.. tak payah pening-pening nak ke Thailand tuntut ilmu. Kat sini je dah boleh.. insyaAllah..


Bahan-bahan

200 gm               sotong (potong ring/ bergantung pada cara masing)
3 ulas                  Bawang putih
1/2 biji                Bawang besar (potong ring)
1 batang              Serai
3 helai                 Daun limau purut
2 sudu makan     Sos tiram
2 sudu makan     Sos cili
2 sudu makan     Sos tomato
2 sudu makan     Cili blander / cili kering dalam botol
2 susu makan      kicap
garam
perasa
Sayur-sayuran bergantung kapada kesukaan anda tapi biasanya bunga kubis, baby corn, kacang panjang, carrot dan bunga brokoli. Nak masukkan cendawan tiram pun ok.

Penyediaan

1- Tumis bawang putih hingga naik bau kemudian masukkan serai. Kemudian Cili blender.
2- Masukkan semua jenis sos (sos tiram, sos cili, sos tomato & kicap). Kacau sebati hingga naik bau.
3- Masukkan sotong dan masukkan sayur-sayuran.
4- Masukkan daun limau purut dan kacau sebati. Kemudian perasakan dengan garam dan perasa.
5- sedia dimakan dengan nasi putih panas-panas.

selamat mencuba!!

Friday, 14 November 2014

Daging Lada Hitam

 
 
 
 
 
Daging lada hitam.. nak buat menu ni simple je.. paling suka makan masak ni. Bahan pun tak la banyak sangat apa yang ada kat dapur je kecuali lada benggala.. wajib kena ada dalam masakkan ni!! Harga lada benggala ni agak mahal sikit berbanding sayuran lain. Nak lagi cantik Nampak menu ni tak la 3 jenis warna lada benggala ni. Rasanya tak pedas macam cili padi ke..cili besar ke.. boleh dimakan. 
 
 
Bahan-bahan
 
200 gm               Daging (hiris nipis) 
3 biji                   Bawang putih (hiris nipis)
1 biji                   Bawang besar (hiris nipis)
1 sudu makan     Lada hitam (tumbuk)
3 sudu makan     sos tiram
2 sudu makan     kicap lemak manis
1 biji                   Lada benggala (ptong panjang-panjang)
sedikit                 garam
sedikit                 perasa
2 sudu makan      minyak masak
 
 
Cara penyediaan
 
1- tumis bawang putih dan bawang besar (separuh) dengan minyak masak hingga naik bau. Apabila dah naik bau, masukkan daging. Masak hingga agak lembut.
2- kemudian masukkan sos tiram ,kicap, dan lada hitam. gaul sebati.
3- masukkan bawang besar (potong ring ) dan lada benggala. Gaul sebati dan hingga naik bau.
4- perasakan dengan garam dan perasa mengikut selesa masing-masing.
5- sedia untuk dihidang.
 
selamat mencuba!!



Kari Ikan tenggiri

 
 


As salam semua, kali ni resepi kari ikan tenggiri.. istimewa kari kali ini... rempah yang digunakan adalah rempah karu basah. Sabtu lepas duk lalu lalang beberapa kali kat kedai yang jual rempah kari basah dekat pasar satok. So alang-alang memang nak masak kari ikan, saya cuba guna rempah basah ni.. dah masak.. amma!!! sedap rempah basah ni dari rempah kering yang sll guna. pastu lebih murah berbnading rempah kering. RM1 boleh buat 2 kali kari ikan untuk 4 orang makan.

Kari ni atau kalau orang utara panggil gulai adalah menu wajib orang-orang utara. bak kata dekan saya masa di UNIMAS.. hari-hari kari pun tak pa!!! Sungguh makan kari hari-hari pun tak jemu. tapi en. abang saya kurang sikit makanan rempah-rempah ni. tapi nak buat lagu mana dah kawin dengan orang Kedah.. nasib badan la..

tekenang masa mula-mula kawin, masa tu kat Kedah lagi... hari-hari makan kari.. sampai dia naik jemu.. kikiki

upps.. telayan perasaan plak. so jom tegok bahan-bahannya..


Bahan-bahan

2 keeping                              ikan tenggiri (saiz suka hati kau pun)
RM1/1 senduk                      rempah kari ikan basah  (tak tau berapa gram so cakap je nak seringgit 
                                              tapi dalam 1 seduk jugala, jangan lupa gaul sebati dan campur sedikir air
                                              untuk sebatikan)
2 ulas                                    bawang putih (hiris)
2 ulas                                    bawang merah (hiris)
1 tangkai                               daun kari (orang Kedah panggil daun karipole)
1 sudu teh                             halba campur
2 cawan                                santan pekat
1 cawan                                Air
1 sudu makan                       asam jawa (larutkan dengan sedikit air)
secukup rasa                         garam
secukup rasa                         tok aji (ajinomoto)
2 sudu makan                       Minyak masak
6 batang                                kacang bendi
2 biji                                      tomato

Cara penyediaannya.

1- Tumis bawang putih dan bawang merah dengan minyak masak hingga naik bau. Kemudian masukkan halba campur dan daun kari.
2- Setelah semua bahan naik bau, masukkan rempah kari dan tumis hingga pecah minyak.
3- masukkan kacang bendi dan sedikit santan serta air 1 cawan.
4- kemudian masukkan ikan tenggiri dan juga tomato. setelah ikan separuh masak masukkan semua baki santan.
5- Masukkan air asam jawa dan perasakan dengan garam dan ajinomoto. kalau kurang masam tambahkan sikit lagi air asam jawa.
6- masak hingga ikan masak sepenuhnya dengan api yang perlahan supaya santan tak pecah.
7- sedia untuk dihidang!!

Dah siap masak boleh dimakan dengan nasi putih panas-panas atau roti !!
selamat mencuba..

kakungkakung!!!