Daging lada hitam.. nak buat menu ni simple je.. paling suka makan masak ni. Bahan pun tak la banyak sangat apa yang ada kat dapur je kecuali lada benggala.. wajib kena ada dalam masakkan ni!! Harga lada benggala ni agak mahal sikit berbanding sayuran lain. Nak lagi cantik Nampak menu ni tak la 3 jenis warna lada benggala ni. Rasanya tak pedas macam cili padi ke..cili besar ke.. boleh dimakan.
Bahan-bahan
200 gm Daging (hiris nipis)
3 biji Bawang putih (hiris nipis)
1 biji Bawang besar (hiris nipis)
1 sudu makan Lada hitam (tumbuk)
3 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap lemak manis
1 biji Lada benggala (ptong panjang-panjang)
sedikit garam
sedikit perasa
2 sudu makan minyak masak
Cara penyediaan
1- tumis bawang putih dan bawang besar (separuh) dengan minyak masak hingga naik bau. Apabila dah naik bau, masukkan daging. Masak hingga agak lembut.
2- kemudian masukkan sos tiram ,kicap, dan lada hitam. gaul sebati.
3- masukkan bawang besar (potong ring ) dan lada benggala. Gaul sebati dan hingga naik bau.
4- perasakan dengan garam dan perasa mengikut selesa masing-masing.
5- sedia untuk dihidang.
selamat mencuba!!
No comments:
Post a Comment