Menu hari ini.. paprika sotong!! ni salah satu menu thai. nak sediakan menu ni mudah je.. tak payah pening-pening nak ke Thailand tuntut ilmu. Kat sini je dah boleh.. insyaAllah..
Bahan-bahan
200 gm sotong (potong ring/ bergantung pada cara masing)
3 ulas Bawang putih
1/2 biji Bawang besar (potong ring)
1 batang Serai
3 helai Daun limau purut
2 sudu makan Sos tiram
2 sudu makan Sos cili
2 sudu makan Sos tomato
2 sudu makan Cili blander / cili kering dalam botol
2 susu makan kicap
garam
perasa
Sayur-sayuran bergantung kapada kesukaan anda tapi biasanya bunga kubis, baby corn, kacang panjang, carrot dan bunga brokoli. Nak masukkan cendawan tiram pun ok.
Penyediaan
1- Tumis bawang putih hingga naik bau kemudian masukkan serai. Kemudian Cili blender.
2- Masukkan semua jenis sos (sos tiram, sos cili, sos tomato & kicap). Kacau sebati hingga naik bau.
3- Masukkan sotong dan masukkan sayur-sayuran.
4- Masukkan daun limau purut dan kacau sebati. Kemudian perasakan dengan garam dan perasa.
5- sedia dimakan dengan nasi putih panas-panas.
selamat mencuba!!
No comments:
Post a Comment