Wednesday, 8 April 2015

Pau Gebus Debom






Entry hari ni khas untuk terangkan cara buat pau gebus atas permintaan ramai.. ewahhh dah gaya chef pemes la pulok.. Buat pau ni saja suka-suka isi masa cuti yang terpaksa cuti... kebetulan minggu lepas mengidam sangat nak makan pau.. rata Kuching g cari pau semua tak capai standard tekak I..

Tak sengaja..lewat depan FB ku.. aku ternampak satu resepi pau gebussss... ha... resepi ni pun ambik kat fb juga yong-yong semua. Tapi bukan nak pujila memang bagus la resepi ni dan jujur orang yang bagi resepi ni sebab???? bila buat menjadi.. hahahha alhmdulilah...

So bahan-bahannya adalah?????

Bahan-bahan

250 gm tepung pau
1 sudu teh yis kering
4 sudu makan gula castor/ ising
1 sudu makan lelemak sayuran/shortening/spray
1 sudu teh bun softener/improver
3/4 cawan air suam


Cara penyediaan

1- Ayak tepung pau ke dalam bekas dan campurkan yis kering, gula castor/ising dan bun softener/improver. Gaul hingga semua bahan-bahan sebati.
2- Masukkan air suam dan uli bahan-bahan tadi hingga menjadi doh.
3- Masukkan lelemak sayuran dan uli hingga doh menjadi licin.
4. Uli doh menjadi satu bulatan besar dan bahagikan kepada 8 bahagian.
5. Masukkan inti kedalam doh kecil dan letak atas kertas minyak/kertas licin yang dipotong kecil.
6. Rehatkan doh selama 45 minit. (tutup dengan kain)
7. Panaskan pengukus dan apabila air dah mendidih, boleh kukus pau tersebut selama 10 minit.
8. Sejukkan dan sedia dihidang.

Tips

Nak dapatkan pau yang gebu sila guna TEPUNG PAU!!! nak guna tepung gandum pun boleh tapi tekstur pau tu tak sama dan akan kental sedikit.

Masa nak uli sebaiknya gunala mesin heavy Duty mixcer tu a.k.a kalau adala.. tapi kalau tak da kena la uli dengan tangan tapi kena kuat dan betekun. Kalau uli dengan tangan uli dalam sukatan 1 resepi je.. kecuali tangan-tangan kak mah, kak leha, kak eton macam malik noor.. boleh lebih dari 500 gm tepung..

tip nak tau doh dah ready adalah dengan ambik sedikit adunan doh yang dah licin kemudian tarik perlahan-lahan dan sekiranya doh dapat  ditarik senipis roti canai yang ditebar maka dah ready la doh tersebut untuk peringkat keseterusnya.

Penutup kukus tu bungkuskan dengan kain ye so that air wap tu tak jatuh keatas pau-pau yang sedang dimasak.



 

No comments:

Post a Comment