Thursday, 4 October 2018

Bun Manis inti sardin



BUN MANIS INTI SARDIN





Dah lama tak bersiaran dalam ni.. last 2015 rupanya.. and now dah 2018.. omg... busy berbusines..

ok hari ni nak share resepi Bun Manis.. rasanya dah share kot sebelum ni tapi resepi ni lagi best dan terbukti roti lembut bukan je sampai petang tapi!!! 2 3 hari hokey..


Bahan-bahan

500 g tepung gandum
100 g gula kastor
60 g mentega
5 g bread improver
5 g bread softener
11g yis
5 g garam
1 biji telur
250 lt air sejuk

Cara Penyediaan

Masukkan semua bahan-bahan tu dalam mangkuk bolw mixcer. pastikan garam tidak dituang atas yis. kemudian putar pelahan sehingga semua bahan sebati. Naikkan kelajuan mesin yang paling laju dan uli sehingga doh menjadi bekilat atau bolw dah mula rasa sedikit panas (ada haba panas).


Doh yang dah ready akan kelihatan bekilat adan anjal.. bila ditarik takkan terkoyak (lebih kurang macam doh roti canai la).

keluarkan daripada bolw dan bahagiakan doh kepada bulat kecik dalam 40g. overall setengah kg kita akan dapat dalam 24 biji. Doh yang dah ditimbang kecik-kecik dah boleh letak inti bun sardin... ooo ya untuk resepi inti sardin kat bawah ni nanti.

setelah masukkan inti tu, boleh letak atas tray.. Tray tu lapik la dengan kertas non stick boleh beli kat kedai kek atau DIY pun ada..

dah susun atas tray tu rehatkan doh sehingga naik 2 kali ganda selalu dalam 1 jam setengah la baru mengembang cantik..

sambil-sambil tu dah boleh panaskan oven suhu 180 darjah celcius.

bila doh dah naik 2 kali ganda.. sapu dengan glis campuran 1 biji telur+ 1 sudu makan susu. kacau sebati kemudian sapu atas permukaan bun.

Kemudian boleh bakar selama 25 minit sehingga bun keemasan macam adalam gambar.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

INTI BUN SARDIN

1 tin Sardin
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 sudu makan cili boh
2 keping asam keping
sedikit garam
sedikit perasa ajinomoto
minyak untuk menumis.


Cara penyediaan

tumis je bawang besar, bawang putih, da cili boh sehingga naik bau. kemudian tuang sardin sambil-sambil kacau tu hancurkan isi ikan. kemudian perasakan dengan garam dan ajinimoto. Masak sehingga kering sikit utuk mudah nak masak inti.

Monday, 23 November 2015

Warkah untuk Dhiya Damia






Dhiya Damia Didi Iswandi, lahir pada 21 Julai 2015 pada pukul 3.24 petang secara ceaser di Hopital Umum Sarawak, Kuching. 


Pada November 2014 setelah kelewatan period 2 hari!! dengan perasaan excitednye beli pregnancy test kat farmasi. hahaha... pukul 4.00 pagi cek urin test.. alhamdulillah.. double line kot!! terang gila garis merah.. but still tak nak berharap sangat.. sambung balik tido, esok pagi time subuh baru bagitau abah Damia pasal urin test positif. Oleh kerana nak lagi kepastian kami refer dengan klinik dua hari kemudian. Alhamdulillah... doktor pun mengesahkan pekara yang sama.

Diawal kehamilan agak membingungkan sebab asyik duk bleeding jer.. dengan morning sickness dari bulan kedua hingga tujuh bulan. Setiap pagi, petang dan malam.. asal makan muntah.. muntah je makan.. tapi Ummi besyukur tak da la pulak rasa nak mengidam pelik-pelik.. tapiiiiiiiii emosi ada main. stress Abah Damia nak melayan kerenah manja dan suka merajuk Ummi.. tanda-tanda baby perempuan kot..

Dari awal kandungan lagi naluri dah rasa baby yang bakal lahir tu perempuan... walaupun ramai la tok tok nujum duk cakap laki kan.. tapi naluri bakal ibu tu lebih kuat kot.. Sepanjang hamil juga tak da sebarang penyakit seperti darah tinggi atau kencing manis. Alhamdulillah.. syukur sangat.. al-maklumla history keluarga Ummi ni ramai yang ada kencing manis..

masuk je tujuh bulan, doktor scan Damia tak mo pusing bawah.. hurmmm masa tu tak risau sangat sebab masih awal kot.. Damia nak main-main kat atas lagi kot.. hahaha .. after 8 month pun masih sama.. masih songsang juga.. sampaila 9 bulan doktor scan keadaan Damia dalam perut masih songsang. masa tu Ummi redho jela.. nak buat macam mana kan.. dah rezeki besalin kena operate. kata orang.. lain orang lain pengalaman besalinnye..

Doktor GH, Kuching set kan 21 Julai 2015 tarikh operation.. so 20 julai tu dah check-in la.. nebes gila kot masa tu.. dah la hospital kerajaan Abah Damia tak boleh ada dalam bilik OT.. hanya zikir dan doa nabi Yunus je yang dapat dibaca nak tenangkan hati Ummi yang ketakutan.

Masa dalam operation, Ummi temuntah-muntah sebab kesan bius. Dah la nebes.. muntah lagi.. Tengah duk layan gementar tu tetiba doktor bius cakap.. BABY BE STRONG!! ?????? ha? kenapa dengan anak aku? kena tak dengar anak aku nagis pun! Ya Allah takutnya masa tu.. tak lama lepas tu dengar la suara nyering Damia nagis.. uuuwek..uuuwek..( rentak nagis Damia)

tapi semua tu hilang bila tetiba doktor datang bawa Damia tunjuk kat Ummi untuk pertama kalinya.. wahhhhhhhhhhhhhh putihnya anak aku!! tula yang terlintas dalam kepala.. macam tak percaya je anak putih sangat.. Alhamdulillah rezeki dari Allah.. waktu tu Damia tak nangis pun.. Damia senyum je.. sampai sekarang ummi masih ingat.. pastu nurse uruskan Damia.. sampaila dah abis semua prosedur operation dan Ummi dibawa ke ward.

Damia di masukkan ke nuseri selepas je operation. Pukul 12.30 malam baru nurse hantar Damia kat Ummi. Nasib baik masa tu Abah Damia dengan Ummi (curi-curi masuk ward tengah-tengah malam hihihi). Damia tak nagis pun masa nurse hantar.. diam je dalam katil.. Seronok ummi masa tu.. Pukul 1.00 pagi Abah Damia balik.. maka tinggal la Damia dengan Ummi kat ward. Sepanjang-panjang malam tu Damia tak mo tido!!! wua..wua.. ummi plak yang nak nagis.. Damia nak main.. sik mok duk dalam katil Damia.. oooooo Damia nak duk sebelah Ummi rupanya.. Pukul 5.00 pagi masa azan bekumandang baru Damia tetido dalam pelukan Ummi.

SEJARAH NAMA

Nama Dhiya Damia tu bemaksud Cahaya Kebijakkan. Ummi yang pilih dengan persetujuan Abah Damia. Ummi dan Abah harap Damia dapat menjadi anak yang bijak. Bubulan juga Ummi cari-cari nama yang sesuai untuk Damia.. antaranya Khalisa, Dian, dan Safiya. tapi Abah Damia lebih sukakan nama Damia. agaknya sebab pendek kot dan off course la mula dengan D!!!! Dhiya tu just nama untuk sedapkan nama. sebab tu ummi tak berapa gemo kalau orang panggil Damia Dhiya. Sebab Ummi nak oarang selalu doakan Damia dengan Kebijakkan!

SUSPECT JANTUNG BELUBANG

Doktor suspect Damia ada masalah lubang yang tak tertutup kat jantung Damia.. Ya Allah masa tu memang Ummi setiap malam bila tengok Damia tidur je..mesti Ummi nagis.. sebab membayangkan macam-macam kalau lubang kecil pada jantung Damia tu tak mo tutup. Alhamdulillah waktu pemeriksaan kat Hospital Jantung, Samarahan doktor sahkan jantung Damia normal macam kanak-kanak lain.. 

waktu Ummi mengarang warkah ni, umur Damia 4 bulan. Damia kuat merengek dan manja.. tak mo duduk asyik kena dokong jerk!!! tapi Ummi suka!! sebab hari-hari Damia dekat dengan jantung Ummi. 39 minggu Damia duduk dalam perut Ummi dekat dengan Jantung Ummi.. jadi dah kua pun Ummi nak Damia rasa degupan Jantung Ummi.. 

Walaupun ada suara-suara sumbang duk cakap jangan selalu angkat anak nanti susah nak buat kerja.. well Ummi tak kisah kena dukung Damia sambil buat kerja!! hahahah.. caya tak? Ummi masak sambil dukung Damia? tapi masak yang tak meletup-meletup la.. off course la Ummi syaang anak Ummi tak mo kena minyak masak yang panas tu.


HARAPAN UMMI DAN ABAH

Ummi dan Abah bukan orang senang sayang.. tapi kami akan berusah bagi pendidikan yang baik pada Damia semoga dengan ilmu yang Damia dapat tu dapat menjadikan Damia anakyang bejaya di dunia dan akhirat. Berbanggala menjadi anak kepada NORSHAFIZA ZAKARIA dan DIDI ISWANDI sebab Dhiya Damia anak Ummi.. Buah hati Ummi!!!






Wednesday, 8 April 2015

Pau Gebus Debom






Entry hari ni khas untuk terangkan cara buat pau gebus atas permintaan ramai.. ewahhh dah gaya chef pemes la pulok.. Buat pau ni saja suka-suka isi masa cuti yang terpaksa cuti... kebetulan minggu lepas mengidam sangat nak makan pau.. rata Kuching g cari pau semua tak capai standard tekak I..

Tak sengaja..lewat depan FB ku.. aku ternampak satu resepi pau gebussss... ha... resepi ni pun ambik kat fb juga yong-yong semua. Tapi bukan nak pujila memang bagus la resepi ni dan jujur orang yang bagi resepi ni sebab???? bila buat menjadi.. hahahha alhmdulilah...

So bahan-bahannya adalah?????

Bahan-bahan

250 gm tepung pau
1 sudu teh yis kering
4 sudu makan gula castor/ ising
1 sudu makan lelemak sayuran/shortening/spray
1 sudu teh bun softener/improver
3/4 cawan air suam


Cara penyediaan

1- Ayak tepung pau ke dalam bekas dan campurkan yis kering, gula castor/ising dan bun softener/improver. Gaul hingga semua bahan-bahan sebati.
2- Masukkan air suam dan uli bahan-bahan tadi hingga menjadi doh.
3- Masukkan lelemak sayuran dan uli hingga doh menjadi licin.
4. Uli doh menjadi satu bulatan besar dan bahagikan kepada 8 bahagian.
5. Masukkan inti kedalam doh kecil dan letak atas kertas minyak/kertas licin yang dipotong kecil.
6. Rehatkan doh selama 45 minit. (tutup dengan kain)
7. Panaskan pengukus dan apabila air dah mendidih, boleh kukus pau tersebut selama 10 minit.
8. Sejukkan dan sedia dihidang.

Tips

Nak dapatkan pau yang gebu sila guna TEPUNG PAU!!! nak guna tepung gandum pun boleh tapi tekstur pau tu tak sama dan akan kental sedikit.

Masa nak uli sebaiknya gunala mesin heavy Duty mixcer tu a.k.a kalau adala.. tapi kalau tak da kena la uli dengan tangan tapi kena kuat dan betekun. Kalau uli dengan tangan uli dalam sukatan 1 resepi je.. kecuali tangan-tangan kak mah, kak leha, kak eton macam malik noor.. boleh lebih dari 500 gm tepung..

tip nak tau doh dah ready adalah dengan ambik sedikit adunan doh yang dah licin kemudian tarik perlahan-lahan dan sekiranya doh dapat  ditarik senipis roti canai yang ditebar maka dah ready la doh tersebut untuk peringkat keseterusnya.

Penutup kukus tu bungkuskan dengan kain ye so that air wap tu tak jatuh keatas pau-pau yang sedang dimasak.



 

Wednesday, 19 November 2014

Paprik Sotong

 
 



Menu hari ini.. paprika sotong!! ni salah satu menu thai. nak sediakan menu ni mudah je.. tak payah pening-pening nak ke Thailand tuntut ilmu. Kat sini je dah boleh.. insyaAllah..


Bahan-bahan

200 gm               sotong (potong ring/ bergantung pada cara masing)
3 ulas                  Bawang putih
1/2 biji                Bawang besar (potong ring)
1 batang              Serai
3 helai                 Daun limau purut
2 sudu makan     Sos tiram
2 sudu makan     Sos cili
2 sudu makan     Sos tomato
2 sudu makan     Cili blander / cili kering dalam botol
2 susu makan      kicap
garam
perasa
Sayur-sayuran bergantung kapada kesukaan anda tapi biasanya bunga kubis, baby corn, kacang panjang, carrot dan bunga brokoli. Nak masukkan cendawan tiram pun ok.

Penyediaan

1- Tumis bawang putih hingga naik bau kemudian masukkan serai. Kemudian Cili blender.
2- Masukkan semua jenis sos (sos tiram, sos cili, sos tomato & kicap). Kacau sebati hingga naik bau.
3- Masukkan sotong dan masukkan sayur-sayuran.
4- Masukkan daun limau purut dan kacau sebati. Kemudian perasakan dengan garam dan perasa.
5- sedia dimakan dengan nasi putih panas-panas.

selamat mencuba!!

Friday, 14 November 2014

Daging Lada Hitam

 
 
 
 
 
Daging lada hitam.. nak buat menu ni simple je.. paling suka makan masak ni. Bahan pun tak la banyak sangat apa yang ada kat dapur je kecuali lada benggala.. wajib kena ada dalam masakkan ni!! Harga lada benggala ni agak mahal sikit berbanding sayuran lain. Nak lagi cantik Nampak menu ni tak la 3 jenis warna lada benggala ni. Rasanya tak pedas macam cili padi ke..cili besar ke.. boleh dimakan. 
 
 
Bahan-bahan
 
200 gm               Daging (hiris nipis) 
3 biji                   Bawang putih (hiris nipis)
1 biji                   Bawang besar (hiris nipis)
1 sudu makan     Lada hitam (tumbuk)
3 sudu makan     sos tiram
2 sudu makan     kicap lemak manis
1 biji                   Lada benggala (ptong panjang-panjang)
sedikit                 garam
sedikit                 perasa
2 sudu makan      minyak masak
 
 
Cara penyediaan
 
1- tumis bawang putih dan bawang besar (separuh) dengan minyak masak hingga naik bau. Apabila dah naik bau, masukkan daging. Masak hingga agak lembut.
2- kemudian masukkan sos tiram ,kicap, dan lada hitam. gaul sebati.
3- masukkan bawang besar (potong ring ) dan lada benggala. Gaul sebati dan hingga naik bau.
4- perasakan dengan garam dan perasa mengikut selesa masing-masing.
5- sedia untuk dihidang.
 
selamat mencuba!!



Kari Ikan tenggiri

 
 


As salam semua, kali ni resepi kari ikan tenggiri.. istimewa kari kali ini... rempah yang digunakan adalah rempah karu basah. Sabtu lepas duk lalu lalang beberapa kali kat kedai yang jual rempah kari basah dekat pasar satok. So alang-alang memang nak masak kari ikan, saya cuba guna rempah basah ni.. dah masak.. amma!!! sedap rempah basah ni dari rempah kering yang sll guna. pastu lebih murah berbnading rempah kering. RM1 boleh buat 2 kali kari ikan untuk 4 orang makan.

Kari ni atau kalau orang utara panggil gulai adalah menu wajib orang-orang utara. bak kata dekan saya masa di UNIMAS.. hari-hari kari pun tak pa!!! Sungguh makan kari hari-hari pun tak jemu. tapi en. abang saya kurang sikit makanan rempah-rempah ni. tapi nak buat lagu mana dah kawin dengan orang Kedah.. nasib badan la..

tekenang masa mula-mula kawin, masa tu kat Kedah lagi... hari-hari makan kari.. sampai dia naik jemu.. kikiki

upps.. telayan perasaan plak. so jom tegok bahan-bahannya..


Bahan-bahan

2 keeping                              ikan tenggiri (saiz suka hati kau pun)
RM1/1 senduk                      rempah kari ikan basah  (tak tau berapa gram so cakap je nak seringgit 
                                              tapi dalam 1 seduk jugala, jangan lupa gaul sebati dan campur sedikir air
                                              untuk sebatikan)
2 ulas                                    bawang putih (hiris)
2 ulas                                    bawang merah (hiris)
1 tangkai                               daun kari (orang Kedah panggil daun karipole)
1 sudu teh                             halba campur
2 cawan                                santan pekat
1 cawan                                Air
1 sudu makan                       asam jawa (larutkan dengan sedikit air)
secukup rasa                         garam
secukup rasa                         tok aji (ajinomoto)
2 sudu makan                       Minyak masak
6 batang                                kacang bendi
2 biji                                      tomato

Cara penyediaannya.

1- Tumis bawang putih dan bawang merah dengan minyak masak hingga naik bau. Kemudian masukkan halba campur dan daun kari.
2- Setelah semua bahan naik bau, masukkan rempah kari dan tumis hingga pecah minyak.
3- masukkan kacang bendi dan sedikit santan serta air 1 cawan.
4- kemudian masukkan ikan tenggiri dan juga tomato. setelah ikan separuh masak masukkan semua baki santan.
5- Masukkan air asam jawa dan perasakan dengan garam dan ajinomoto. kalau kurang masam tambahkan sikit lagi air asam jawa.
6- masak hingga ikan masak sepenuhnya dengan api yang perlahan supaya santan tak pecah.
7- sedia untuk dihidang!!

Dah siap masak boleh dimakan dengan nasi putih panas-panas atau roti !!
selamat mencuba..

kakungkakung!!!

Wednesday, 29 October 2014

Jeruk Asam Boi

 



Fenomena masa ni adalah Jeruk Asam Boi! sana  sini dalam FB duk jual dan buat. So mak jemah hari tu saja ja buat nak rasa apa rasa. Bukan sebab mengidam ye. hihihi.. en. suami pun apa lagi gi la mencari buah kat pasar tani. dah siap menjeruk saja-saja pos kat FB (nak show la kununnya kat kawan2).. alu la... dapat tempahan. Alhamdulillah dah 40 buah botol dah terjual sampai kena cari pembekal pelam kat sepauh nun! Sebalang RM10.00 mak jemah chas sebab kos buah pelam ni sekilo je dah RM8.00 kat pasaran, asam boi plak beli yang mahal (100 gm RM4.99) dah termasuk kos penghantaran kat depan pintu rumah customer!

Nak resepi? mudah je! pelam muda bersama asam boi dan cili padi. gaul ko sekali dalam bekas tu. lepas 4 jam baru makan!