Wednesday, 23 April 2014

Ayam Kuzi Bersama Nasi Tomato

 
 
 
Ayam Kuzi Bersam Nasi Tomato
 
 
 
Salam Semua!!
 
Setiap hari rabu team Geng Hebat terlibat dengan kursus tabung amanah bersama Rumah Kanak-kanak Kuching di Batu 10, Kuching. Program ini adalah anjuran bersama dalam memberi kemahiran memasak kepada kanak-kanak di rumah pelindungan tu.
 
 
Rabu lepas turn saya dengan menu Ayam Kuzi. Well tak penah buat pun sebenarnya selak-selak buku resepi Sedapnya.. Hidangan Kegemaran Chef Wan. I lov this book so much.. terutama apa-apa buku masakan dari chef wan.
 
 
Pada saya.. chef wan ni masak dengan penuh passion so bila dia masak tu penuh dengan minat masak dan iklas sebab tu masakan dia sedap. Rahsia nak masak dengan sedap ni  adalah masaklah dengan penuh passion dan kasih sayang. InsyaAllah sedapla masakan kita nanti.
 
Berbalik kepada kursus ini, sepatutnya dalam jadual masak ayam kuzi je tapi macam pelik la pulak dah masak lauk pastu makan macam tu je.. so sebelum mula masak tengok bahan-bahan yang ada sesuai masak nasi tomato.
 
 
so let start cooking!!!
 
 
     AYAM KUZI
 
 
      Bahan-bahan
       ½ cawan minyak sapi
       3 sudu besar rempah kari daging
       2 helai daun pandan (disimpul)
       600 gm isi ayam
       3 sudu besar tomato puri
       1 cawan yogurt asli
       1 cawan air
       ½ cawan kismis hitam
       Sedikit Garam
       Sedikit Gula
     ¼ cawan kerisik
     Daun ketumbar (dihiris)
 
     Dikisar Halus-halus
 
     10 tangkai cili
     6 tangkai cili hijau
     6 tangkai cili merah
     15 ulas bawang merah
     1 biji bawang besar
     1 cm halia
 
       Cara Penyediaan
 
1.       Panaskan minyak sapi dan tumis bahan kisar bersama rempah kari dan daun pandan hingga naik bau.
2.       Masukkan ayam  dan tomato puri masak hingga empok.
3.       Tambah yogurt, air, kismis hitam, garam dan gula. Masak hingga empok dan masuk kerisik. masak biar kuah agak kering ye.
4.       Hias dengan daun ketumbar.
 
 
 
NASI TOMATO
 
 
Bahan-bahan
 
 
1 Kg                    Beras
1 set                   bahan tumis bungkus kecik ( bunga lawing, bunga cengkih, kulit kayu manis)
3 sudu besar     minyak sapi
3 ulas                 bawang merah (hiris nipis)
3 ulas                 bawang putih (hiris nipis)
1 inci                  halia
1 tin                    tomato puri
1 tin                    Susu cair
secubit               Garam
5 cawan             Air
 
Penyediaan
 
 
1. Tumiskankan herba tumis bersama bawang merah, bawang putih dan halia menggunakan minyak sapi. (periuk rice cooker guna atas dapur biasa dulu)
2. apabila dah naik bau masukkan beras dan gaul sekata. Masukkan tomato puri dan susu cair dan kacau rata.
3. masukkan air dan garam (rasa sikit ada rasa lemak garam tak). pastikan air lebih banyak dari beras. sama macam masak nasi biasa. Pastu letakkan periuk dalam rice cooker dan masak beras hingga masak. 
4. Bila nasi dah mode warm. check beras dah masak sepenuhnya tau tidak. sekira masih tak masak tambah air sikit-sikit serta kacau rata dan tutup rice cooker dan biar hingga masak sempurna. 
 
 
 
nota : dah siap semua boleh dihidang!!1
 
 
selamat mencuba!
 
Kakungkakung!!
 
 
 
 
 
 


Sunday, 20 April 2014

Cream Puff & E'clair

 
 
 
 
Cream Puff
 
 
 
 

 
éclair 




Hai semua!!
 
Ahad lepas selesai buat kelas cream puff. Cream puff ni kalau ikut resepi bahan tak banyak dan murah tapi ada skill tertentu yang perlu tahu untuk hasilkan cream puff yang menjadi. Cream puff yang dikira  menjadi wajib ada lompong atau ruang dalam cream puff tu. Kira ada lubang la. Kalau buat tapi xda lubang bak kata pastry chef saya dulu, cream puff tu dikira gagal. Cream puff ni kategori dessert.
 
 
Bahan-bahan
 
 
100 ml   Air
 
45gm    butter
 
60 gm   Tepung gandum
 
2 biji     telur (saiz B)
 
 
Penyediaan
 
 
1. Panaskan air dan butter hingga mendidih kemudian perlahankan api.
 
2. Masukkan tepung dan kacau dengan whisk hingga semua menjadi doh. (Buat dengan pantas ye. pastikan api perlahan untuk elakkan adunan hangus.
 
3. masak dengan api perlahan hingga terhasil kepingan kerak yang nipis atas periuk. Sekiranya lapisan nipis kerak dah kelihatan tutup api dan ketepikan.
 
4. Masukkan telur dan kacau hingga doh menjadi licin dan berkilat. (kalau adunan banyak guna je mesin pengadun)
 
5. Setelah adunan menjadi licin masukkan dalam piping beg bersama nozzle berbentuk bunga bersaiz sederhana. (saiz bergantung pada anda)
 
6. Paipkan adunan atas loyang yang dah disapu dengan metega. Cream puff berbentuk bulat manakala Éclair berbentuk panjang.
 
7. Bakar pada suhu 200'c untuk 10 minit yang pertama. Turunkan suhu kepada 180'c dan bakar untuk 20 minit lagi hingga adunan masak menjadi kekuningan.
 
8. Biarkan sejuk dan isikan inti pada cream puff.
 
 
nota : suhu oven tak sama bagi setiap orang jadi sekiranya oven ada jenis yang tak berapa panas 200'c pertama bakar sehingga 15 minit dan 180'c kedua bakar sehingga 30 minit.
 
Inti bagi cream puff/ éclair ni terpulang pada tuan badan sama ada nak letak cream custard ke, coklat ke atau fresh cream pun boleh. Tapi antara banyak resepi cream custard yang saya penah buat saya paling suka resepi ni.
 
Resepi cream custard ni original western punya bukan yang telah di edit.. hahah maksud edit ini mostly kat Malaysia banyak resepi dessert western ni ditukarkan bahan-bahan kepada bahan-bahan local. well terpulang kos lebih rendah tapi rasa for me totally different.
 
Pemilihan bahan masih bergantung kepada tujuan dan keperluan. if nak bejual kat gerai-gerai biasa ada logiknya gantikan dengan bahan-bahan local tapi kalau nak makan sendiri atau jual kat restaurant 5 star ni kena jaga kualiti la kot.. 
 
Biasanya dalam resepi saya suka guna bahan-bahan asal dan cara penyediaan asal penghasilan sesuatu respi. urmmm agaknya sebab masa belajar dan practical kat pastry kitchen dulu memang pasty chef ajar cara macam tu.
 
 
Cream Custard
 
 
Bahan-bahan
 
 
1/2 cawan    Tepung gandum
1/2 cawan    Gula
3 cawan        Susu segar
4 biji            Telur telur kuning
30 gm           Butter
1 sudu teh    Essen vanilla
 
 
Penyediaan
 
 
1. Satukan tepung dan gula menggunakan whisk
 
2. Masukkan telur kuning dan campurkan 40 ml susu (daripada 3 cawan tadi). Kacau hingga sebati.
 
3. Masukkan Essen vanilla dan baki susu.
 
4. Kacau atas api yang perlahan hingga menjadi pekat. Pastikan sentiasa kacau bagi mengelakkan hangus.
 
5. Setelah adunan pekat dan buih(mendidih) mula keluar tutup api dan masukkan butter. Kacau hingga semua adunan sebati dan biarkan sejuk.
 
 
nota: kalau nak rasa creamy lebih sikit campurkan 1 cawan fresh cream yang dah dipukul dalam adunan.
 
Hiasan pada atas boleh ditabur icing sugar atau cooking coklat yang dicairkan.
 
 
so selamat mencuba semua!!!
 
 
kakungkakung!!!
 
 
 
 
 
 



Sunday, 13 April 2014

Japanese Cheese Cake





Hai semua!!

Dalam kesibukan kerja ke sana ke sini ada mood nak buat kek. So dengan semangat membara buat kek ni pada malam hari.

Kek ni bahan simple je tapi cara penyediaan tu agak leceh dan macam-macam.. tapi bila dah jadi hasilnya memang memuaskan.


Bahan-Bahan

200 ml/ 1 Cup        Susu Segar/susu Cair
7 keeping               Cheddar Cheese (chesdale)
75 gm                     Butter
4 biji                       Telur Putih
4 biji                       Telur Kuning
1 sudu teh              Cream Of Tartar
75 gm                    Tepung naik sendiri
100 gm/ 1/2 Cup   Gula halus


Penyediaan


1- Masak susu bersama cheddar cheese (carik-carikan)  dengan api yang perlahan hingga hancur dan masukkan butter. Tutup api biar sejuk.

2- Pukul telur putih bersama gula dan cream of tartar hingga menjadi meringue. (Adunan kaku dan bila bekas ditebalikkan tak jatuh).

3- Pukul telur kuning hingga kembang. Masukkan adunan susu yang sejuk dan yang telah ditapis pelahan-lahan. Kemudian masukkan tepung naik sendiri sikit demi sedikit.

4- Campurkan adunan meringue dengan kaedah kaup balik hingga adunan sebati.

5- Sapu acuan dengan butter dan tuang adunan dalam bekas kek.

6- Panaskan oven 180 'c dan bakar secara stembake (masukkan air dalam dulang oven) selama 30 minit.


note : kek ni sedap makan bila sejuk.

Selamat mencuba semua!!!

Kakungkakung!!!


Tuesday, 1 April 2014

Pinnacle, Mulu

 
 


Ekspedisi menawan Pinnacle bermula pada 27 mac 2014. Pakej yang ditawarkan oleh pihak taman negara adalah 3 hari 2 malam dengan kos RM350 termasuk guide dan bot. Makanan dan minuman perlu disediakan sendiri sepanjang berada di camp 5. Tapi kalau nak ringan dan rilek boleh melalui travel agent dengan pakej RM480.00 dimana semua termasuk bot, guide dan makan minum.
 
 

Perjalanan kami bermula pada pukul 9.30 pagi bertolak dari jeti di taman negara menuju ke clear watercave. Terdapat 2 jenis gua diarea clear watercave dengan bayaran masuk RM25.00. Tapi kalau taknak masuk boleh terus ke camp 5.



Perjalanan menggunakana bot panjang juga melalui perkampungan orang penan yang terdapat dilaluan sungai. Pelancongan diberi masa sekitar 20 minit untuk melawat tapak jualan perkampungan penan ni. Antara barang yang dijual macam biasa barangan craft hasil komuniti penan. Yang menjadi perhatian adalah bila melihat makcik penan meniup seruling menggunakan hidung.

ko mampu? hahhaha

Makcik ni sebenarnya memang femes pun sebab selalu dijemput untuk buat show kat rainforest music festival kat Kuching. Tikar mengkuang kat situ memang cantik dan unik tapi mengenangkan nak panjat pinnacle niat bershoping terpaksa buat kat dalam sungai tu.

Masa ni sungai agak keruh dek kerana musim hujan. kalau musim kemarau air sungai akan jernih macam air mineral tu.


Kami singgah 1 jam di clear watercave sambil menunggu team kami yang lain masuk gua kat situ. kami yang lain tak masuk sebab dah penah ke sini sebelum ni. Plannya nak mandi manda tapi kepenantan turun dari summit dan malas nak tracking dalam kebasahan baju maka niat tu diabaikan je.

 

Perjalanan bot dari clear watercave ke kuala litut ambik masa 30 minit jugala.. siap kawasan yang cetek dan air deras tu kena turun dan tolak bot. Pukul 12.00 tengahari kami berjalan dilaluan track ynag memang santai dan landai. lebih kurang 9 KM ke camp 5. Perlu melintasi 2 jambatan gantung yang agak panjang dan ngeri.




Track ni kurang sikit pacat  tapi masih lagi ada pacat terutama kat daun-daun pokok. Dek kerana masih kepenatan maka kami jalan agak santai je dalam tempoh 2 jam 30 minit. Area camp 5 ni memang cantik sebab ada gunung ganang dan sungai yang jernih.




Kemudahan kat camp 5 ni lebih lengkap berbanding camp yang lain sebab ada eletrik dan hostel yang agak selesa. Tilam disediakan bagi setiap pendaki. Kapasiti bagi 1 bilik dalam 22 orang. Kemudahan sewaan selimut dan kelambu juga ada dengan bayaran RM10 bagi setiap satu untuk satu malam. Kat sini tak la sejuk sangat so xperlu selimut kot. Sleeping beg je dah cukup tu pun bepeluh2 waktu malam.

Kelambu disarankan untuk sewa sebab lebah banyak sangat area ni. terutama bagi yang tempat tido berdekatan pintu bilik. Dinasihatkan bila sampai je kat camp 5 terus mandi dan cuci baju yang berpeluh tu bagi mengelakkan sengatan lebah. lebah suka pada bau peluh dan Wangi. so tak payah le pakai minyak Wangi sangat dalam hutan ;b.


 
camp 5
 

 
Suasana dalam bilik
 
 
Kemudahan dapur serta alatan memasak juga ada bagi mereka yang nak masak sendiri. Air masak disediakan oleh pihak camp 5 so tak perlu berangkut banyak air dari Park HQ cukup sekadar bekas air yang mencukupi dalam 3liter. Taklimat pendakian Pinnacle biasanya akan dibuat oleh guide pada malam tersebut tentang peraturan mendaki.
 
 
 


Team Pinnacle


Seawal pukul 6.30 pagi kami dah siap sedia untuk kepuncak Pinnacle. Semua pendaki dikehendaki sampai ke check point 1 (mini pinnacle dalam tempoh 1 jam - 900 meter) sekiranya tak sempat pendaki tak dibenakan untuk meneruskan perjalanan ke puncak.

Manakala dari mini Pinnacle ke Fisrt Ladder perlu sampai sebelum pukul 11.00 pagi bagi menggelakkan kabus tebal. Kalau tak sampai juga maka guide akan arahkan kita untuk berpatah balik. Tracking di sini memang perlu pantual dengan masa kalau tak memang tak dapat ke puncak.


 
 
Laluan tangga agak ngeri dan curam. so kena hati-hati masa memanjat. Ada 18 tangga semuanya ke puncak Pinnacle.
 
 
Kemahiran wall claimbing memang diperlukan dikawasan berbatu dan kecuraman hamper 90' darjah. Ada tali disediakan tapi lebih baik berpaut atau pegang pada akar atau batu tapi pastikan akar/ batu tu memang kukuh dan selamat untuk dipijak dan berpaut.
 
Penggunaan tali ni agak leceh sebab akan bergoyang dan terhuyung hayang kiri kanan. Kawasan berbatu memang tajam so BERHATI-HATI!!! walaupun ada misi nak ke puncak keselamatan diri amat penting dan kena utamakan.
 
 
Sekitar pukul 10.10 pagi tiba di puncak Pinnacle dengan kelaparan dan keletihan.  Sampai je puncak terus makan ketupat pulut segera. sedap gila makan ketupat masa lapar rasa beraya kat Pinnacle je..
 
Kat atas ni tak boleh lama sebab kabus dah mula menebal so kami duk dalam 50 minit je. Pukul 11.00 pagi begerak turun ke camp 5 balik setelah puas berpossing macam2 gaya.
 
 
Pendakian menurun ni bahayanya sama macam mendaki sebab batu yang licin dan hujan lebat. so turun biar perlahan dan BERHATI-HATI!!!
 
Sekitar pukul 2.00 petang sampai di Camp 5 macam semalam terus ke sungai mandi bagi elakkan sengatan lebah. Masa yang ada bersantai dengan mat n minah salleh sampai malam esok pagi pukul 8.00 pagi gerak ke park HQ balik.
 





Hostel di taman negara penuh so kami perlu bermalam di guesthouse sekitar taman negara. Bayaran dalam RM35.00 perhead.