Cream Puff
éclair
Hai semua!!
Ahad lepas selesai buat kelas cream puff. Cream puff ni kalau ikut resepi bahan tak banyak dan murah tapi ada skill tertentu yang perlu tahu untuk hasilkan cream puff yang menjadi. Cream puff yang dikira menjadi wajib ada lompong atau ruang dalam cream puff tu. Kira ada lubang la. Kalau buat tapi xda lubang bak kata pastry chef saya dulu, cream puff tu dikira gagal. Cream puff ni kategori dessert.
Bahan-bahan
100 ml Air
45gm butter
60 gm Tepung gandum
2 biji telur (saiz B)
Penyediaan
1. Panaskan air dan butter hingga mendidih kemudian perlahankan api.
2. Masukkan tepung dan kacau dengan whisk hingga semua menjadi doh. (Buat dengan pantas ye. pastikan api perlahan untuk elakkan adunan hangus.
3. masak dengan api perlahan hingga terhasil kepingan kerak yang nipis atas periuk. Sekiranya lapisan nipis kerak dah kelihatan tutup api dan ketepikan.
4. Masukkan telur dan kacau hingga doh menjadi licin dan berkilat. (kalau adunan banyak guna je mesin pengadun)
5. Setelah adunan menjadi licin masukkan dalam piping beg bersama nozzle berbentuk bunga bersaiz sederhana. (saiz bergantung pada anda)
6. Paipkan adunan atas loyang yang dah disapu dengan metega. Cream puff berbentuk bulat manakala Éclair berbentuk panjang.
7. Bakar pada suhu 200'c untuk 10 minit yang pertama. Turunkan suhu kepada 180'c dan bakar untuk 20 minit lagi hingga adunan masak menjadi kekuningan.
8. Biarkan sejuk dan isikan inti pada cream puff.
nota : suhu oven tak sama bagi setiap orang jadi sekiranya oven ada jenis yang tak berapa panas 200'c pertama bakar sehingga 15 minit dan 180'c kedua bakar sehingga 30 minit.
Inti bagi cream puff/ éclair ni terpulang pada tuan badan sama ada nak letak cream custard ke, coklat ke atau fresh cream pun boleh. Tapi antara banyak resepi cream custard yang saya penah buat saya paling suka resepi ni.
Resepi cream custard ni original western punya bukan yang telah di edit.. hahah maksud edit ini mostly kat Malaysia banyak resepi dessert western ni ditukarkan bahan-bahan kepada bahan-bahan local. well terpulang kos lebih rendah tapi rasa for me totally different.
Pemilihan bahan masih bergantung kepada tujuan dan keperluan. if nak bejual kat gerai-gerai biasa ada logiknya gantikan dengan bahan-bahan local tapi kalau nak makan sendiri atau jual kat restaurant 5 star ni kena jaga kualiti la kot..
Biasanya dalam resepi saya suka guna bahan-bahan asal dan cara penyediaan asal penghasilan sesuatu respi. urmmm agaknya sebab masa belajar dan practical kat pastry kitchen dulu memang pasty chef ajar cara macam tu.
Cream Custard
Bahan-bahan
1/2 cawan Tepung gandum
1/2 cawan Gula
3 cawan Susu segar
4 biji Telur telur kuning
30 gm Butter
1 sudu teh Essen vanilla
Penyediaan
1. Satukan tepung dan gula menggunakan whisk
2. Masukkan telur kuning dan campurkan 40 ml susu (daripada 3 cawan tadi). Kacau hingga sebati.
3. Masukkan Essen vanilla dan baki susu.
4. Kacau atas api yang perlahan hingga menjadi pekat. Pastikan sentiasa kacau bagi mengelakkan hangus.
5. Setelah adunan pekat dan buih(mendidih) mula keluar tutup api dan masukkan butter. Kacau hingga semua adunan sebati dan biarkan sejuk.
nota: kalau nak rasa creamy lebih sikit campurkan 1 cawan fresh cream yang dah dipukul dalam adunan.
Hiasan pada atas boleh ditabur icing sugar atau cooking coklat yang dicairkan.
so selamat mencuba semua!!!
kakungkakung!!!
No comments:
Post a Comment