Ekspedisi menawan Pinnacle bermula pada 27 mac 2014. Pakej yang ditawarkan oleh pihak taman negara adalah 3 hari 2 malam dengan kos RM350 termasuk guide dan bot. Makanan dan minuman perlu disediakan sendiri sepanjang berada di camp 5. Tapi kalau nak ringan dan rilek boleh melalui travel agent dengan pakej RM480.00 dimana semua termasuk bot, guide dan makan minum.
Perjalanan kami bermula pada pukul 9.30 pagi bertolak dari jeti di taman negara menuju ke clear watercave. Terdapat 2 jenis gua diarea clear watercave dengan bayaran masuk RM25.00. Tapi kalau taknak masuk boleh terus ke camp 5.
Perjalanan menggunakana bot panjang juga melalui perkampungan orang penan yang terdapat dilaluan sungai. Pelancongan diberi masa sekitar 20 minit untuk melawat tapak jualan perkampungan penan ni. Antara barang yang dijual macam biasa barangan craft hasil komuniti penan. Yang menjadi perhatian adalah bila melihat makcik penan meniup seruling menggunakan hidung.
ko mampu? hahhaha
Makcik ni sebenarnya memang femes pun sebab selalu dijemput untuk buat show kat rainforest music festival kat Kuching. Tikar mengkuang kat situ memang cantik dan unik tapi mengenangkan nak panjat pinnacle niat bershoping terpaksa buat kat dalam sungai tu.
Masa ni sungai agak keruh dek kerana musim hujan. kalau musim kemarau air sungai akan jernih macam air mineral tu.
Kami singgah 1 jam di clear watercave sambil menunggu team kami yang lain masuk gua kat situ. kami yang lain tak masuk sebab dah penah ke sini sebelum ni. Plannya nak mandi manda tapi kepenantan turun dari summit dan malas nak tracking dalam kebasahan baju maka niat tu diabaikan je.
Perjalanan bot dari clear watercave ke kuala litut ambik masa 30 minit jugala.. siap kawasan yang cetek dan air deras tu kena turun dan tolak bot. Pukul 12.00 tengahari kami berjalan dilaluan track ynag memang santai dan landai. lebih kurang 9 KM ke camp 5. Perlu melintasi 2 jambatan gantung yang agak panjang dan ngeri.
Track ni kurang sikit pacat tapi masih lagi ada pacat terutama kat daun-daun pokok. Dek kerana masih kepenatan maka kami jalan agak santai je dalam tempoh 2 jam 30 minit. Area camp 5 ni memang cantik sebab ada gunung ganang dan sungai yang jernih.
Kemudahan kat camp 5 ni lebih lengkap berbanding camp yang lain sebab ada eletrik dan hostel yang agak selesa. Tilam disediakan bagi setiap pendaki. Kapasiti bagi 1 bilik dalam 22 orang. Kemudahan sewaan selimut dan kelambu juga ada dengan bayaran RM10 bagi setiap satu untuk satu malam. Kat sini tak la sejuk sangat so xperlu selimut kot. Sleeping beg je dah cukup tu pun bepeluh2 waktu malam.
Kelambu disarankan untuk sewa sebab lebah banyak sangat area ni. terutama bagi yang tempat tido berdekatan pintu bilik. Dinasihatkan bila sampai je kat camp 5 terus mandi dan cuci baju yang berpeluh tu bagi mengelakkan sengatan lebah. lebah suka pada bau peluh dan Wangi. so tak payah le pakai minyak Wangi sangat dalam hutan ;b.
camp 5
Suasana dalam bilik
Kemudahan dapur serta alatan memasak juga ada bagi mereka yang nak masak sendiri. Air masak disediakan oleh pihak camp 5 so tak perlu berangkut banyak air dari Park HQ cukup sekadar bekas air yang mencukupi dalam 3liter. Taklimat pendakian Pinnacle biasanya akan dibuat oleh guide pada malam tersebut tentang peraturan mendaki.
Team Pinnacle
Seawal pukul 6.30 pagi kami dah siap sedia untuk kepuncak Pinnacle. Semua pendaki dikehendaki sampai ke check point 1 (mini pinnacle dalam tempoh 1 jam - 900 meter) sekiranya tak sempat pendaki tak dibenakan untuk meneruskan perjalanan ke puncak.
Manakala dari mini Pinnacle ke Fisrt Ladder perlu sampai sebelum pukul 11.00 pagi bagi menggelakkan kabus tebal. Kalau tak sampai juga maka guide akan arahkan kita untuk berpatah balik. Tracking di sini memang perlu pantual dengan masa kalau tak memang tak dapat ke puncak.
Laluan tangga agak ngeri dan curam. so kena hati-hati masa memanjat. Ada 18 tangga semuanya ke puncak Pinnacle.
Kemahiran wall claimbing memang diperlukan dikawasan berbatu dan kecuraman hamper 90' darjah. Ada tali disediakan tapi lebih baik berpaut atau pegang pada akar atau batu tapi pastikan akar/ batu tu memang kukuh dan selamat untuk dipijak dan berpaut.
Penggunaan tali ni agak leceh sebab akan bergoyang dan terhuyung hayang kiri kanan. Kawasan berbatu memang tajam so BERHATI-HATI!!! walaupun ada misi nak ke puncak keselamatan diri amat penting dan kena utamakan.
Sekitar pukul 10.10 pagi tiba di puncak Pinnacle dengan kelaparan dan keletihan. Sampai je puncak terus makan ketupat pulut segera. sedap gila makan ketupat masa lapar rasa beraya kat Pinnacle je..
Kat atas ni tak boleh lama sebab kabus dah mula menebal so kami duk dalam 50 minit je. Pukul 11.00 pagi begerak turun ke camp 5 balik setelah puas berpossing macam2 gaya.
Pendakian menurun ni bahayanya sama macam mendaki sebab batu yang licin dan hujan lebat. so turun biar perlahan dan BERHATI-HATI!!!
Sekitar pukul 2.00 petang sampai di Camp 5 macam semalam terus ke sungai mandi bagi elakkan sengatan lebah. Masa yang ada bersantai dengan mat n minah salleh sampai malam esok pagi pukul 8.00 pagi gerak ke park HQ balik.
Hostel di taman negara penuh so kami perlu bermalam di guesthouse sekitar taman negara. Bayaran dalam RM35.00 perhead.
No comments:
Post a Comment