MULU SUMMIT
Flirting jab dengan Co-pilot dan Pramugara
Misi bermula pada 22 Mac 2014 bertolak dari Kuching International Airport pukul 10.50 pagi dan tiba di Mulu sekitar pukul 12.30 tengahari. Alhamdulillah dapat belon yang direct terus dari Kuching so tak perlu singgah Miri.
Dari airport nak ke Taman Negara Mulu boleh naik kereta sapu yang tunggu kat airport dengan bayaran RM5.00 je. Kalau nak jalan pun boleh gak rasanya dalam 1KM je.
Sebelum ke sini lebih baik booking dulu terutama pakej ke Mulu Summit dan Pinnacle sebab ada koata bagi tempat tu. Boleh ke www.mulupark.com semua info tentang aktiviti dan bayaran ada kat situ. Pakej ke Summit ni RM475.00 per person dan Pinnacle RM350.00 per person.
Bayaran entrance fees national park ni RM15.00 bagi 5 hari. that means kalau more than 5 day kena bayar RM30.00. Setiap pelawat dapat taq kena pakai sepanjang disana.
Suasana dalam hostel ada juga yang macam bilik-bilik sikit tapi sapa cepat dia dapat la..
Hostel kat sini murah juga RM43.00 1 malam cumanya kena campur laki n perempuan tapi jangan riso no one wil bother you.. as long as muslim girl jaga aurat. Selesa ada ruang singki dan basuh baju but no cooking here.. ( kami curi2 juga masak nasi dalam mess tin kat kawasan sidai baju untuk buat bekal ke Summit)
Sarapan pagi pun disediakan ada 4 pilihan menu kat café tu. Orang Malaysia meme tak terlepas dengan set nasi lemak ;) . Makanan kat café ni mahal la juga so kalau nak jimat bawala lauk kering macam sambal ikan bilik kering ke, makanan dalam tin ke.
Pakej ke summit ni dalam 1 kumpulan 12 orang je. so that trip kami becampur dengan mamat France nama dia Manuel. Pilot instructor asyik nak cepat aje! Tracking ke summit bermula on 23 Mac 2014 pukul 8.30 pagi bekumpul kat HQ opis. Kat sini punctuality sangat penting kalau tak abis misi menawan puncak gunung. Dari park HQ ke Camp 1 lebih kurang 3 jam dengan kelajuan yang agak maksima la.. tapi kena pastikan sampai kat Camp 1 ni pukul 12 tengahari.
laluan track dari park HQ ke simpang summit melalui jalan taril kayu yang selesa pastu kena ikut jalan hutan yang mendatar dan rilek. Area ni tak susah sebab laluan memang jelas dan terang. Ada 2 kali la kena menyeberang sungai yang paras buku lali dan paras peha.
Selalunya camp 1 ni just untuk berhenti lunch sahaja bukan untuk tido sebab pondok ni agak rendah dari Tanah so pacat memang merayap naik atas pondok tu. Agak bahaya tido bersama pacat tapi bagi yang nak mencuba boleh juga try tido kat camp 1 ni.. ;b . team kami agak laju 11.30 pagi dah sampai sini untuk makan tengahari. kami rehat 1 jam pukul 12.30 tengahari mula ke camp 2.
Jarak ke camp 2 ni tak jauh dalam 1.5 km je tapi camp 2 ni tak ada pondok sebab dah roboh just berhenti sevelum mulakan pendakian ke camp 3 yang agak mencabar dengan muatan beg yang terlebi berat. So bagi yang tak biasa bawa beg berat-berat tu baik bayar potter je sebab dari camp 2 ke camp 3 laluan berbukit 50 darjah dan ambik masa lebih kurang 5 jam. Mula dari Camp 1 hingga ke Camp 3 memang banyak pancat so di nasihatkan pakai la sluar legging dan baju tight kat dalam.
Akibat daripada beg yang berat perjalanan kami jadi perlahan so masa dah lari sikit sampai ke camp 3. kami terpaksa berjalan dalam gelap. so head lamp/ lampu suluh sangat penting dan pastikan berfungsi dengan baik. Lebih baik elakkan tracking waktu malam sebab risiko kecederaan akan menjadi sangat tinggi.
Camp 3 ni agak terbuka sikit dan sejuk pada waktu malam tapi ada sumber air dan tandas. Alatan dapur juga tak perlu bawa sebab park dah sediakan potter untuk bawa ke atas bersama-sama kita.
tapi gas kena beli dan bawa sendiri. Gas ada dijual di kedai di park dengan harga RM13.00 sebotol. Seorang disarankan untuk bawa 2 botol gas.
Camp 4
Hari ke 2 iaitu on 24 mac 2014 kami tiba di camp 4 dari camp 3 ambik masa lebih kurang 4 jam setengah. Bawa makanan dan pakaian untuk 1 malam je yang lain boleh tingal kat camp 3. Mula tracking dari camp 3 pukul 7 pagi sampai di camp 4 pukul 11.30 pagi. Kebiasaannya guide akan mengarahkan untuk tiba di camp 4 sebelum pukul 11.00 pagi dan if lebih masa makan tak boleh nai ke summit that day. so lebih baik discus dengan guide sebelum mula tracking malam sebelum tu so that semua orang clear dengan jadual. Pada pandangan saya, lebih baik jangan ke puncak pada hari ini sebab kalau naik pun memaang banyak kabus dan tak dapat tengok view. bahkan akan menyebabkan dari puncak ke camp 4 akan melibatkan malam hari.
so after discus dengan guide kami pun stay je kat camp 4 ni dan akan ke puncak pada esok harinya iaitu on 25 mac 2014 tapi seawal yang mungkin.
Ni area Halipad view sambil boring2 tak ada aktiviti boleh naik kesini tengok view tak jauh dari pondok camp 4 dalam 5 minit je. Puncak kat belakang tu memang dah summit.
Suasan ada dalam camp 4. Jangan lupa bawa sleeping beg dam carry mate. kalau rajin nak bawa hammock pun boleh juga gantung kat dalam tu.
On 26 Mac 2014 seawall pukul 5.30 pagi selepas subuh kami dah mula tracking naik ke puncak tujuan adalah supaya dapat bepatah balik ke camp 4 untuk ke camp 3 (bermalam di camp 3) sebelum pada waktu malam. Kelebihan naik pagi2 ni tak penat dan dapat tengok sun rise.
Puncak Mulu
Dari puncak pukul 9 pagi kami sampai ke Camp 4 pukul 11.00 pagi. Makan tengahari dan ambik barang2 serta rehat dalam 1 jam. Pukul 12.00 tengahari start tracking balik ke camp 3. Kami ambik masa 3 jam untuk sampai ke camp 3.
Malam kami rehat, sembang2 dengan mat salleh France tu pukul 10.00 malam tido. on 27 mac 2014 kami ready seawal 6.45 pagi untuk tracking balik ke HQ. Dalam pukul 11.30 pagi kami sampai di camp 1 untuk rehat dan makan. Balik agak cepat sebab menurun bukit. bagi mereka yang sayang lutut sila la bawa tongkat.
Sekitar pukul 1.30 tengahari dengan jayanya kami semua tiba balik di park HQ.
ok tu jer.. yang tracking ke Pinnacle kat post lain.. penat piker ayat.. hahha
kakung kakung!!!
No comments:
Post a Comment