Monday, 3 March 2014
Fancy Bun
Fancy bun
Bagai dikata pada post sebelum ni, weken lepas adalah minggu rajin sedunia.. makanya rajin la buat itu ini kat umah. sambil-sambil asah bakat test mesin roti yang baru beli tu. Buat roti ni perasaannya ibarat becinta.. bila doh naik mekar kembang... wahhhhh indahnya perasaan... masa bakar plak harum satu rumah bau ibu roti.. hmm.... sungguh mendamaikan..
Nak dapatkan roti gebussss macam tu ambik masa 2 tahun praktis, praktis, praktis dannnnnnnn pratis tanpa rasa jemu. Macam buat pizza, saya spend duit pergi menuntut ilmu dari 3 orang chef.. demi nak dapatkan roti yang cantik. Alhamdulah ada kakak angkat yang dah lama dalam bidang bakery ni bagi sedikit tips. so terhasilla roti bun yang gebussss...
Bahan-bahan :
500 g Tepung roti
11 g yis segera
1 biji telur
10 g garam halus
75g gula kastor
100 g butter/shortening/apa2 bahan-bahan lelemak
10 g bun softener
10 g bread improver
200 ml air sejuk
1 sudu makan susu tepung
Cara penyediaan ;
1. masukkan tepung roti, yis, telur, gula, bun softener, bread improver, susu tepung kedalam mesin
pengadun. Gaul hingga semua bahan sebati.
2. Masukkan air dan garam. Uli hingga menjadi doh.
3. Masukkan butter uli hingga menjadi doh yang kental lagi licin dan bila ditarik seperti doh roti
canai.
4.Keluarkan doh uli guna tangan untuk buang angin dan bentukkan bulat serta direhatkan dalam
bekas bertutup dengan kain yang lembab selama 1 jam atau 2 kali ganda dari bentuk asal.
5. keluarkan dan uli sekali lagi untuk keluarkan angin. Bentukkan bulat-bulat (50 g).
6. Masukkan inti dalam doh. kemudian rehatkan untuk sekali pengembangan dalam 15 minit.
7. sapu dengan bahan gliss dan tabur bijan kemudian dibakar dengan kepanasan oven 180 'c
(20 minit).
8. Doh yang masak dikeluarkan dan disapu dengan butter.
Red Bean Bun
Nota: Fancy bun adalah soft bun yang dibentukkan dengan pelbagai rupa. Semalam ada malas sikit ada beberapa je yang saya buat bentuk yang lain buat bulat je.
selamat mencuba!
Kakungkakung!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment