Sunday, 16 March 2014
Cream Caremel @ Puding Gula Hangus
Cream Caremel atau lebih dikenali sebagai Puding Gula Hangus.. nak buat resepi ni macam-macam cara ada yang bakar ada yang kukus. tapi saya lebih prefer cara bakar sebab tekstur cream caramel ni lebih padat berbnading kukus yang seakan agar-agar.
Dah lama tak buat cream caremel ni sebab bukan makan pun..hihihi.. buat ni pun sebab setiap rabu petang terlibat dengan CSR di rumah pelindungan kanak-kanak Kuching. so nak tak nak kena la praktis balik setelah 10 tahun tak buat.
Dek kerana sedekad tak penah buat, maka itu la yang terhasil.. hudoh bebenor rhope nye ate tengok.. tapi yang penting sedap.. hahahah.. tapi sebagai seorang yang passionate tentang cooking bila masak xbrape nak menjadi.. kecewanya sama macam putus cinta.. masak guna oven ni ada leceh sikit berbanding kukus.
So no bahan-bahan:
Bahan A
500 liter susu segar
5 biji telur
75 gm gula halus
Masukkan semua bahan-bahan diatas dipukul dengan pemukul tangan hingga sebati dan kemudian ketepikan.
Bahan B
200 gm gula halus
100 ltr air
Air dan gula dimasak diatas api yang pelahan sehingga gula menjadi keperangan warna teh agak gelap. Tuang dalam loyang dan dibiar sejuk. Pastikan gula tidak terlalu lama dimasak sebab nanti rasa gula jadi pahit.
Setelah gula hangus sejuk dan membeku tuangkan adunan bahan A kedalam acuan loyang tadi. Bakar dalam oven 180'c selama 20 minit.
Kalau nak kukus pun boleh... masuk je dalam periuk pengukus.. dalam 15 minit dah siap..
Biarkan sejuk sebelum dihidang. Sedap lagi kalau dibiarkan dalam peti sejuk.
Selamat mencuba!!
kakung kakung!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment