Monday, 3 March 2014
Home made Lamb Grill Pizza
Hai semua... minggu lepas ada free sikit xda sebarang aktiviti melibatkan urusan luar so weken lepas habiskan cuti minggu asah skill buat pizza. Pizza ni kalau tau cara buat doh yang best.. kompom dah tak nak makan pizza kat luar lagi. Saya tak kisah nak kongsi resepi tapi bagi mereka yang baru nak berkecimpong tu bawa-bawa la cari guru belajar teknik yang betul buat doh pizza.. tak rugi pun cari ilmu.. macam saya sendiri 3 kali cari chef berbeza-beza tak kisah dengan duit yuran as long dapat ilmu.
Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
secubit gula
1 sudu makan yis segera
3/4 air suam
1/2 sudu the garam
1/4 cawan minyak zaitun
Cara penyediaan :
1.yis segera dan gula dicampur kedalam air suam. Biakan selama 5 minit atau sehingga keluar buih.
2. Campurkan tepung, garam, dan minyak zaitun dalam mesin pengadun. Gaulkan sehingga semua bahan sebati.
3. Masukkan campuran air suam ke dalam adunan. Uli hingga doh menjadi licin.
4.Ke luarkan dari mangkuk mesin pengadun dan uli guna tangan bagi mengeluarkan angina dalam doh.
5. Bentukan bulat dan biar dalam mangkuk di tutup dengan kain lembab selama 1 jam atau doh kembang 2 kali ganda.
6. Keluarkan doh yang sudah kembang, uli sekali lagi bagi proses pembuangan angin. Bentukkan mengikut acuan pizza.
7. Cucuk doh dengan garfu bagi mengelakkan doh kembang. biakan dalam 15 minit.
8. Bakar doh seketika (5 minit) deagan suhu 180 darjah Celcius kemudian isikan dengan topping kegemaran anda dan sambung bakar sehingga kulit pizza kelihan kekuningan.
Bahan-bahan Inti:
1 Tin tomato puri
2 biji bawang besar (cincang)
1 biji labu bawang putih (cincang)
3 biji lada benggala (warana merah/ kuning/ hijau - separauh di cincang separauh di hiris untuk hiasan)
500 g daging cincang
2 helai daun bay
1 sudu makan oregano/ pizza mix herbs
1 sudu lada hitam
2 sudu makan sos thai
2 sudu makan sos cili
4 sudu makan minyak zaitun
1/4 cawan air
1 sudu makan garam
Cara penyedian:
1. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau dan masukkan daging cincang.
2. Masukkan tomato puri dan air. kemudian masukkan lada benggala tummis hingga naik bau.
3. Masukkan lada hitam, daun bay, oregano/ pizza mix herbs, sos cili thai dan sos cili. Gaul hingga sebati dan perasakan dengan garam. Bia sejuk baru letak pada kulit pizza.
Hiasa pizza:
Semangkuk topping
2 biji bawang besar (hiring ring)
3 biji tomato (hiris bulat)
lada benggala ( hiris memanjang)
cendawan butang (hiris nipis)
mozzarella cheese
oregano
3 keeping lamb grill (hiris nipis)
Nota: letak topping dahulu kemudian baru hiaskan dengan apa-apa bahan yang lain. Topping ni juga sesuai dimakan dengan spegetti. Kalau tak da lamb grill pun tak pa boleh gantikan dengan sosej ke.. isi ayam ke.. cumanya kena tukar nama la.. hihihih
Selamat mencuba semua..
Kakungkakung!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment