Chicken Spring Roll
Resepi ini adalah dikategorikan dalam pastry lapis.. kenapa lapis? sebab doh pastry berlapis-lapis.. macam mana jadi berlapis-lapis? haa... inilah rahsianya.. hihihi
Bahan Kulit
1 kg tepung Gandum
5 sudu makan mentega/ butter (100 gm)
1 sudu teh garam
1 sudu makan Jus lemon (meranggupkan doh)
480 ml air
300 g majerin pastry (untuk melapis)
20 btg chicken sosej
Cara membuat
Masukkan tepung, mentega, garam
serta jus lemon. Uli sehingga semua bahan rata dan doh menjadi kenyal. Rehatkan
selama 15 minit. Canaikan doh kepada senipis 1 inci. Canaikan majerin pastry
dengan menggunakan plastik dan letakkan di sebahagian adunan doh yang
dicanaikan. Lipat doh tersebut untuk kali pertama dan canaikan. Kemudian lipat
untuk kali-2 dan canaikan. Ulangi teknik ini sebanyak 8 kali lapisan. Lapisan
yang terakhir perlulah senipis ½ inci.rehatkan doh selama 15 minit. Buat
potongan doh mengikut saiz sosej. Lipat sosej dalam doh dan buat kelaran pada
sosej sebanyak 7 bahagian (pastikan tidak putus). Sapu dengan bahan gliss dan
bakar pada suhu 180’c selama 15-20 minit.
Nota: Majerin pastry tu biasanya da jual kat kedai yang dah siap.. so senang dan mudah nak guna berbanding kalau nak buat sendiri.
Selamat mencuba!!
Kakungkakung!!
No comments:
Post a Comment