Tart telur ni selalu buat tapi nila pertama kali makan.. di oder khas oleh en.abang.. suka makan katanya.. so orang kata bila kita cintakan seseorang kita akan cintakan everything about him!! ye dok? hahaha.. mampus jiwang.. so tak semena-mena lepas masak try la makan tart telur ni.. hmmm... sedapppp!!! puji masakan sendiri.. hahaha.. Cian dia.. 3 hari beturut-turut makan dessert tart.. hahaha..
Bahan-bahan
225 g mentega tanpa garam
150 g gula halus
3 biji telur
500 g tepung roti
Filling
250 g air
125 g gula
5 biji telur gread B
100 susu segar
Cara Penyediaan
Kulit Tart
1. Pukul gula dan butter hingga tidak berketul tapi tidak kembang.
2. masukkan telur sebiji demi sebiji.
3.Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
4. apabila semua bahan dah sebati menjadi doh. keluarkan dan bungkus dalam plastic dan simpan dalam peti sejuk selama 2 jam sebelum dicanai dalam acuan.
5. Doh yang dicanaikan perlu dicucuk dengan garfu untuk elak kulit tart mengelembong.
6. Bakar kulit tart dalam 10-15 minit pada suhu 180'c.
7. 5 minit pertama keluarkan dan letak inti dan bakar hingga masak sepenuhnya.
Filling tart
1. Masak air bersama gula dan biarkan sejuk.
2.Dalam bekas yang lain masukkan telur, essen vanilla dan susu kacau hingga sebati.
3. Campurkan bersama air gula dan kacau sebati.
4.Kemudian tuang dalam kulit tart dan bakar.
Nota :
1.Adunan jangan kembang bertujuan untuk mengelakkan adunan menjadi rapuh dan mudah hancur.
2. Tujuan memasukkan doh dalam peti sejuk bertujuan untuk set kan semula butter yang dah cair ketika di uli selain untuk memberi kulit yang rangup.
3. Untuk tart telur guna acuan Loyang yang kecik ye.
Selamat mencuba!
KakakungKakung!!!
No comments:
Post a Comment