Wednesday, 19 November 2014

Paprik Sotong

 
 



Menu hari ini.. paprika sotong!! ni salah satu menu thai. nak sediakan menu ni mudah je.. tak payah pening-pening nak ke Thailand tuntut ilmu. Kat sini je dah boleh.. insyaAllah..


Bahan-bahan

200 gm               sotong (potong ring/ bergantung pada cara masing)
3 ulas                  Bawang putih
1/2 biji                Bawang besar (potong ring)
1 batang              Serai
3 helai                 Daun limau purut
2 sudu makan     Sos tiram
2 sudu makan     Sos cili
2 sudu makan     Sos tomato
2 sudu makan     Cili blander / cili kering dalam botol
2 susu makan      kicap
garam
perasa
Sayur-sayuran bergantung kapada kesukaan anda tapi biasanya bunga kubis, baby corn, kacang panjang, carrot dan bunga brokoli. Nak masukkan cendawan tiram pun ok.

Penyediaan

1- Tumis bawang putih hingga naik bau kemudian masukkan serai. Kemudian Cili blender.
2- Masukkan semua jenis sos (sos tiram, sos cili, sos tomato & kicap). Kacau sebati hingga naik bau.
3- Masukkan sotong dan masukkan sayur-sayuran.
4- Masukkan daun limau purut dan kacau sebati. Kemudian perasakan dengan garam dan perasa.
5- sedia dimakan dengan nasi putih panas-panas.

selamat mencuba!!

Friday, 14 November 2014

Daging Lada Hitam

 
 
 
 
 
Daging lada hitam.. nak buat menu ni simple je.. paling suka makan masak ni. Bahan pun tak la banyak sangat apa yang ada kat dapur je kecuali lada benggala.. wajib kena ada dalam masakkan ni!! Harga lada benggala ni agak mahal sikit berbanding sayuran lain. Nak lagi cantik Nampak menu ni tak la 3 jenis warna lada benggala ni. Rasanya tak pedas macam cili padi ke..cili besar ke.. boleh dimakan. 
 
 
Bahan-bahan
 
200 gm               Daging (hiris nipis) 
3 biji                   Bawang putih (hiris nipis)
1 biji                   Bawang besar (hiris nipis)
1 sudu makan     Lada hitam (tumbuk)
3 sudu makan     sos tiram
2 sudu makan     kicap lemak manis
1 biji                   Lada benggala (ptong panjang-panjang)
sedikit                 garam
sedikit                 perasa
2 sudu makan      minyak masak
 
 
Cara penyediaan
 
1- tumis bawang putih dan bawang besar (separuh) dengan minyak masak hingga naik bau. Apabila dah naik bau, masukkan daging. Masak hingga agak lembut.
2- kemudian masukkan sos tiram ,kicap, dan lada hitam. gaul sebati.
3- masukkan bawang besar (potong ring ) dan lada benggala. Gaul sebati dan hingga naik bau.
4- perasakan dengan garam dan perasa mengikut selesa masing-masing.
5- sedia untuk dihidang.
 
selamat mencuba!!



Kari Ikan tenggiri

 
 


As salam semua, kali ni resepi kari ikan tenggiri.. istimewa kari kali ini... rempah yang digunakan adalah rempah karu basah. Sabtu lepas duk lalu lalang beberapa kali kat kedai yang jual rempah kari basah dekat pasar satok. So alang-alang memang nak masak kari ikan, saya cuba guna rempah basah ni.. dah masak.. amma!!! sedap rempah basah ni dari rempah kering yang sll guna. pastu lebih murah berbnading rempah kering. RM1 boleh buat 2 kali kari ikan untuk 4 orang makan.

Kari ni atau kalau orang utara panggil gulai adalah menu wajib orang-orang utara. bak kata dekan saya masa di UNIMAS.. hari-hari kari pun tak pa!!! Sungguh makan kari hari-hari pun tak jemu. tapi en. abang saya kurang sikit makanan rempah-rempah ni. tapi nak buat lagu mana dah kawin dengan orang Kedah.. nasib badan la..

tekenang masa mula-mula kawin, masa tu kat Kedah lagi... hari-hari makan kari.. sampai dia naik jemu.. kikiki

upps.. telayan perasaan plak. so jom tegok bahan-bahannya..


Bahan-bahan

2 keeping                              ikan tenggiri (saiz suka hati kau pun)
RM1/1 senduk                      rempah kari ikan basah  (tak tau berapa gram so cakap je nak seringgit 
                                              tapi dalam 1 seduk jugala, jangan lupa gaul sebati dan campur sedikir air
                                              untuk sebatikan)
2 ulas                                    bawang putih (hiris)
2 ulas                                    bawang merah (hiris)
1 tangkai                               daun kari (orang Kedah panggil daun karipole)
1 sudu teh                             halba campur
2 cawan                                santan pekat
1 cawan                                Air
1 sudu makan                       asam jawa (larutkan dengan sedikit air)
secukup rasa                         garam
secukup rasa                         tok aji (ajinomoto)
2 sudu makan                       Minyak masak
6 batang                                kacang bendi
2 biji                                      tomato

Cara penyediaannya.

1- Tumis bawang putih dan bawang merah dengan minyak masak hingga naik bau. Kemudian masukkan halba campur dan daun kari.
2- Setelah semua bahan naik bau, masukkan rempah kari dan tumis hingga pecah minyak.
3- masukkan kacang bendi dan sedikit santan serta air 1 cawan.
4- kemudian masukkan ikan tenggiri dan juga tomato. setelah ikan separuh masak masukkan semua baki santan.
5- Masukkan air asam jawa dan perasakan dengan garam dan ajinomoto. kalau kurang masam tambahkan sikit lagi air asam jawa.
6- masak hingga ikan masak sepenuhnya dengan api yang perlahan supaya santan tak pecah.
7- sedia untuk dihidang!!

Dah siap masak boleh dimakan dengan nasi putih panas-panas atau roti !!
selamat mencuba..

kakungkakung!!!

Wednesday, 29 October 2014

Jeruk Asam Boi

 



Fenomena masa ni adalah Jeruk Asam Boi! sana  sini dalam FB duk jual dan buat. So mak jemah hari tu saja ja buat nak rasa apa rasa. Bukan sebab mengidam ye. hihihi.. en. suami pun apa lagi gi la mencari buah kat pasar tani. dah siap menjeruk saja-saja pos kat FB (nak show la kununnya kat kawan2).. alu la... dapat tempahan. Alhamdulillah dah 40 buah botol dah terjual sampai kena cari pembekal pelam kat sepauh nun! Sebalang RM10.00 mak jemah chas sebab kos buah pelam ni sekilo je dah RM8.00 kat pasaran, asam boi plak beli yang mahal (100 gm RM4.99) dah termasuk kos penghantaran kat depan pintu rumah customer!

Nak resepi? mudah je! pelam muda bersama asam boi dan cili padi. gaul ko sekali dalam bekas tu. lepas 4 jam baru makan!

Makaroni Bakar

 
 
 
 
 
Menu ni takla makan sangat pun, buat ni sebab salah satu menu dalam kelas bersama Kanak-kanak Kuching. So buat jugala... menu ni ringkas je tapi ada bnayak step nak sedia. Jom cuba try test!!
 
 
Bahan-bahan
 
 
200 gm  Makaroni (rebus hingga lembut)
 
1 tin  Tomato puri (ayam brand)
 
200 gm daging kisar (ayam pun boleh)
 
2 biji bawang besar (cincang)
 
5 ulas bawang putih (cincang)
 
50 g mix vege
 
3 sudu makan minyak masak
 
Mozzarella Cheese
 
sedikit origano
 
sedikit garam
 
sedikit lada hitam
 
 
Peneydiaan
 
 
1- Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau. Masukkan daging kisar dan tumis hingga daging masak.
 
2- Tuangkan tomato puri dan kacau sebati. Masukkan garam, lada hitam dan oregano.
 
3- Masukkan macaroni yang dah siap direbus kedalam kuah. kacau hingga sebati dan masukkan mix vege.
 
4- Masukkan ke dalam Loyang atau tin aluminium. Parutkan mozzarella cheese banyak-banyak! atas macaroni.
 
5- Panaskan Overn dan bakar pada su 180'c sehingga semua cheese cair dan keperangan.
 
7- sedia dimakan!!!
 
 
Selamat mencuba!
 
Kakungkakung!

Ikan Bakar Sumbat

 
 
 
 
 
 
Hari-hari makan ayam.. dah lejuk(muak) jadinya.. so hari ni bejalan-jalan kat pasar jumpa ikan sebelah atau ikan nabi. Ikan ni kalau dibakar memang sedap sebab isikan ni agak manis (manis ikan).
tapi jangan risau kalau kat umah tak da arang ke kayu api ke... kita bako guna oven pun boley!! cuma rasa tu tak samala macam bakar cara manual but still sedap!!
 
Bahan-bahan
 
1 ekor ikan sebelah (kunyit dan garamkan.belahkan seperti dalam gambar)
 
Bahan Inti sumbat
 
1 genggam kelapa parut
2 sudu makan bahan blander (cili kering, serai, bawang putih, bawang bear)
sedikit udang kering (tumbukkan)
1 sudu the gula
sedikit garam
2 sudu makan minyak masak
 
Penyediaan:
 
1- Tumis bahan kisar dengan minyak dah naik bau masukkan udang kering. kemudian masakkan garam dan gula.
2- Apabila bahan tumis dah nak kering masukkan kepala parut. Goreng hingga kering (tak berair).
 
3- Sejukkan dan sumbat dalam isi ikan. sapukan sedikit minyak pada ikan untuk dapatkan permukaan kulit ikan bakar lebih bekilat dan cantik.
 
4 - Panaskan oven 180'c dan bakar selama 20 minit.
 
5- Sedia dihidangkan. makan dengan sambal kicap atau budu ke atau air asam utara!! perghhhhhh terangkat beb!
 
selamat mencuba!

Wednesday, 20 August 2014

3 Ogos 2014


 


Alhamdulilah... semua dah selamat... majlis perkahwinan saya bersama suami encik Didi Iswandi B Abdol Rasit pada 3 Ogos 2014. Perkenalan kami bermula pada bulan mei tahun lalu masa saya menjalankan program kolej. Awal tahun kami menjadi rapat.. alhamdulilah dah jodoh.. maka berlangsung la majlis yang simple ni.

Tujuan entry ni dibuat adalah nak ucapkan terima kasih pada sahabat handai sebab telah banyak membantu menjaya majlsi perkahwinan kami. Persahabatan yang sejati memang tiada ganti. Kedua-dua kad dibawah telah dihasilkan oleh Aida arashi from Johor. Bidang Kepakaran IT maka di sub kad jemputan ni pada dia. Penuh semangat dia buat tak tido malam tu. kalau ad ayang berhajat nak mintak dia desgn dia ada buat bisnes kecil-kecilan buat kad ni..

 
 
 
manakala buku guest book ni disediakan oleh wawa orang langkawi!! dalam masa sama merangkap jadi pengapit hari tu. Bukan satakat buku ni.. props untuk booth pun dia sediakan untuk tetamu ambik gambo.
 
 
 


Bunga tangan plak ditaja khas buatan tangan cik Pca dari batu pahat Johor!! tema ko dengan baju.. dibuat dari tisu. kreatif sangat. Kuih Bangkit juga ditaja untuk tetamu VIP.



tak lupa gak pada ain selaku ketua flower girl yang kehulu kehilir bagi bunga telur 1 hari. Amni yang jauh terbang dari Sarawak dan zara dari Johor yang membantu jadi AJK Khas hari tu. Tak lupa pada Azura best friend sejak tadika lagi.. orang kuat yang dah tolong kesana sini dari teman beli barang-barang majlis hinggala jadi runner hari tu.

Kek pada majlis tu di taja oleh mak sedara sepupu.. 3 tingkat.. sedap gila ciklat moist tu.. berebut makan malam tu. lepas potong je trs simpan dalam peti sejuk.. hahaha



Alhamdulilah dari awal perancangan semua Allah dah mudahkan.. semoga perkahwinan kami ni kekal hingga ke jannah. Terima kasih semua yang telah membantu sama ada secara langsung atau tak langsung.

nila orang kuat pada majlis tu dari kiri wawa, zara, ain dan amni
 





 
 
 
 

Ayam Percik Utara Style

 
 


Ni menu berbuka kami berdua semalam.. dah jadi bini ni kena rajin masak.. nak ikat hati suami kena ikat perutnya dulu kata kawan-kawan saya.. ye ke idok? sebab encik suami suka sangat makan ayam percik.. maka saya buat tapi rasa utara.. hahahha nasib la.. sapa suh kwin dengan orang Kedah kan?

resepi saya ni kurang pedas sebab hubby tak makan pedas.. (orang Sarawak katakan) kikiki... so kalau rasa nak makan pedas.. tak cili kering banyak-banyak.. yang penting!!! hubby puji sedap boleh buat jual kat pasar ramdhan katanya.

so bagi yang nak cuba jangan risau bahan-bahan yang kat dapur tu gak..

Bahan-bahan:

Cili kering                   5 tangkai
Bawang merah            5 ulas
bawang putis               3 ulas
halia                            1 inci
lengkuas                      1 inci
bawang besar              1/2 biji
serai                            2 batang
santan                          2 cup
ayam                           1/2 ekor
minyak masak            secukupnya untuk menumis
Garam                        secukup rasa
Gula                           Secukup rasa

Penyediaan

1. basuh ayam dan tos hingga kering. perapkan degan garam. semua bahan-bahan di kisar (kecuali santan, gula, garam & minyak) hingga halus.
2. panaskan kuali dan tumis bahan kisar dan santan.  Masukkan ayam sekejab dalam kuah ( 5 minit je). kemudian anggat ayam dan masak dalam oven dengan kepanasan 250'c ( 40 minit). sambil2 masak tu sapu kuah yang dimasak tadi atas ayam.
3. Kuah masak hingga agak pekat. sedia di hidang!!!


kalau tak ada oven boleh je guna cara manual.. bau asap yg melekat tu lagi sedap.. tapi dah duk umah taman ni.. nak membako guna arang.. lambat citer. so gasak ajala dengan oven.

Selamat mencuba!!!
kakungkakung!!!

Wednesday, 9 July 2014

Chips Colat Biskut

  



Projek mensekut malam tadi.. buat 1 adunan dapat 2 baling.. Alhamdulillah.. 1 untuk rumah Kedah..1 rumah Sarawak.. al-maklumla.. nek tok dah ada 2 buah rumah tek.. Tapi yang pasti rajin buat biskut ni sebab dah ada mesin kuih dan oven. Sebenarnya oven tu BFF punya.. dia tak kat umah untuk project backing class kami. So jom cuba!!

Bahan-bahan:

180 gm  Buttercup
90 gm    Gula castor
100 gm  Gula Perang
1 sudu teh Essen Vanilla
2 biji        Telur
400 gm  Tepung gandum
1 sudu teh Soda bicabornat
2 sudu teh Serbuk penaik
1/4 sudu teh garam halus
100 gm  coklat chips
70 gm coklat masak (cincang)
100 gm Badam cincang (dipangang)

Penyediaan :

1. Ayak tepung gandum, soda bicabornat, serbuk penaik dan garam.
2. Pukul mentega bersama gula halus dan gula perang hingga menjadi gebus keputihan.
3.Masukkan telur dan essen vanilla.
4. Masukkan bahan ayak tadi sedikit semi sedikit dan kemudian masukkan coklat masak, coklat chips dan badam.
5. Bulatkan adunan dengan tangan dan tekan dengan garfu diatas Loyang pembakar.
6. Bakar pada suhu 180'c dalam masa 15 minit.
7. setelah sejuk boleh simpan dalam bekas kedap udara.


Senangkan? tak susah pun.. dalam masa 2 jam je dah siap...

selamat mencuba..

kakungkakung!!!

Biskut Cadbury Cheese

 
 


Macam biasa setiap hari rabu petang akan ke Rumah Kanak-Kanak Kuching untuk mengajar diaorang memasak. Resepi bulan ramadhan kali ni adalah biskut raya!!! So petang kemarin kita buat Biskut Cadbury Cheese. Post je kat FB ramai yang mintak resepi... macam selalu.. mak jemah ok je..

Bahan-bahan

180 gm     Buttercup
80  gm      Shortening
90  gm      Gula halus
70 gm       Cream Cheese
1 biji         Kuning Telur saiz A
1 sudu teh Essen Vanilla
50 gm       Cheese Cheddar (diparut halus)
400 gm     Tepung gandum
80 gm       Tepung Jagung

Kepingan Coklat Cadbury (1 botol)
Telur putih

Penyediaan

1. Pukul buttercup, Shorteng dan Gula halus hingga sebati (tidak terlalu kembang)
2. Masukkan kan cream cheese dan kuning telur serta essen vanilla.
3. Masukkan Cheddar Cheese dan masukkan tepung gandum dan tepung jagung sekit demi sedikit.
4. Rehatkan doh dalam peti sejuk 15-30 minit.
5. Terapkan doh ikut saiz coklat Cadbury.
6. Bakar 10 minit pertama dengan suhu 160'c api atas bawah.
7. Kemudian keluarkan sapu telur putih dan susun coklat Cadbury. Bakar lagi 10 minit dengan api bawah sahaja.


haaa.. mudah kan? tak susah pun..

ok selamat mencuba!

kakungkakung!!!

Sunday, 15 June 2014

Cream Cheese Beehive Bread With Butterscotch







Beehive Bread ni asalnye dari lubnan.. original resepinye roti ni dimakan dengan sos air gula aje.. sana sini orang jual roti ni.. macam pames jerk.. macam.. sedap jerk.. so kita pun buat la dikala hujung minggu yang sunyi dan sepi.. al-maklumla duk membujang sorang-sorang.. Asas nak buat roti ni sama je macam roti bun juga tapi rasa roti ni kurang ada rasa sikit sebab dimakan dengan sos yang agak manis.

Bahan-bahan

2 Cawan Tepung Serbanguna
3/4 Cawan susu segar (suam)
2 1/2 sudu makan minyak masak
1 sudu makan yogurt
1 1/4 sudu makan gula
1/2 sudu teh garam
1 sudu makan yis segera
1 sudu teh baking powder
225 gm Cream Cheese

Penyediaan

1. Masukkan tepung, gula, garam, yis dan baking powder dan kacau hingga sebati.
2. Masukkan susu dan kacau hingga adunan menjadi doh.
3. Kemudian masukkan yogurt dan minyak. Uli hingga semua sebati.
4. Rehatkan doh hingga naik 2 kali ganda saiz asal. Simpan di tempat yang panas (tutup dengan kain lembab). Biasanya dalam masa 45 minit hingga 1 jam.
5. Keluarkan angina dari doh dengan memukul-mukul doh.
6. Bulatkan doh kecil seberat 30 gm. Letakkan inti cream cheese yang dipotong dadu. Susun dalam acuan yang telah disapu minyak.
7. Rehatkan doh sehingga naik 2 kali ganda dari saiz asal.
8. Sapukan bahan glis dan tabor pumpkin seed dan almond flake. Bakar selama 25 minit pada suhu 180'c.
9. 10 minit pertama guna api atas dan 5 minit akhir api bawah.


Bahan-bahan gliss

1 biji telur
sedikit susu
sedikit garam
pumpkin seed
almond flake

Pecahkan telur campurkan susu dan garam. Pukul sebati semua bahan.

Bahan-bahan Sos Butterscotch

100 g Gula perang
100 g Butter
200 g Whipping Cream
1 sudu teh Vanilla Essen
1 sudu butter

Cairkan butter hingga cair dengan api yang perlahan. kemudian masukkan gula perang kacau hingga gula hancur dan adunan menjadi berbuih. Kemudian masukkan whipping cream dan kacau hingga sebati. Masukkan vanilla essen dan kacau. Tutup api dan masukkan 1 sudu butter untuk bagi sos kelihatan berkilat.

Selamt mencuba!! Kakungkakung!

Tart Telur

 


Tart telur ni selalu buat tapi nila pertama kali makan.. di oder khas oleh en.abang.. suka makan katanya.. so orang kata bila kita cintakan seseorang kita akan cintakan everything about him!! ye dok? hahaha.. mampus jiwang.. so tak semena-mena lepas masak try la makan tart telur ni.. hmmm... sedapppp!!! puji masakan sendiri.. hahaha.. Cian dia.. 3 hari beturut-turut makan dessert tart.. hahaha..

Bahan-bahan

225 g mentega tanpa garam
150 g gula halus
3 biji telur
500 g tepung roti


Filling

250 g air
125 g gula
5 biji telur gread B
100 susu segar


Cara Penyediaan

Kulit Tart

1. Pukul gula dan butter hingga tidak berketul tapi tidak kembang.
2. masukkan telur sebiji demi sebiji.
3.Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
4. apabila semua bahan dah sebati menjadi doh. keluarkan dan bungkus dalam plastic dan simpan dalam peti sejuk selama 2 jam sebelum dicanai dalam acuan.
5. Doh yang dicanaikan perlu dicucuk dengan garfu untuk elak kulit tart mengelembong.
6. Bakar kulit tart dalam 10-15 minit pada suhu 180'c.
7. 5 minit pertama keluarkan dan letak inti dan bakar hingga masak sepenuhnya.


Filling tart

1. Masak air bersama gula dan biarkan sejuk.
2.Dalam bekas yang lain masukkan telur, essen vanilla dan susu kacau hingga sebati.
3. Campurkan bersama air gula dan kacau sebati.
4.Kemudian tuang dalam kulit tart dan bakar.

Nota :
1.Adunan jangan kembang bertujuan untuk mengelakkan adunan menjadi rapuh dan mudah hancur.
2. Tujuan memasukkan doh dalam peti sejuk bertujuan untuk set kan semula butter yang dah cair ketika di uli selain untuk memberi kulit yang rangup.
3. Untuk tart telur guna acuan Loyang yang kecik ye.

Selamat mencuba!
KakakungKakung!!!

Peach Pai

 


 

Peach Pai.. rajin terlebih.. balik kerja terus buat.. konon untuk khas yang tersayang la..hihihi.. bukan rajin sangat pun tapi kebetulan masih ada doh tart dalam peti sejuk so baik habiskan aje.. Pai ni makan panas-panas..memang terangkat!!!! Kulit pai tu sama je dengan kulit tart yang lain, saya guna pastry manis. Yang membezakan manis dan masin ni adalah tujuan kegunaannya. selalunya doh yang manis kita akan guna untuk buat pencuci mulut... yang doh masin kita guna untuk buat pembuka selera macam pai ayam pai daging.. Doh buat je banyak pastu simpan je dalam chiller.. insyaAllah tahan lama.. bila nak guna buat je.. tak payah susah2..

Bahan-bahan

500 gm Tepung roti
225 gm Unsalted Butter
150 gm Gula kastor
3 biji Telur


Filling

5 biji telur
125 gula
250 air
100 gm susu cair
1 sudu teh vanilla essen
1 tin buah peach

Cara Penyediaan

Kulit Tart

1. Pukul gula dan butter hingga tidak berketul tapi tidak kembang.
2. masukkan telur sebiji demi sebiji.
3.Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
4. apabila semua bahan dah sebati menjadi doh. keluarkan dan bungkus dalam plastic dan simpan dalam peti sejuk selama 2 jam sebelum dicanai dalam acuan.
5. Doh yang dicanaikan perlu dicucuk dengan garfu untuk elak kulit tart mengelembong.
6. Bakar kulit tart dalam 15-20 minit pada suhu 180'c.
7. 10 minit pertama keluarkan dan letak inti dan bakar hingga masak sepenuhnya.


Filling tart

1. Masak air bersama gula dan biarkan sejuk.
2.Dalam bekas yang lain masukkan telur, essen vanilla dan susu kacau hingga sebati.
3. Menggunakan blander, kisar campurkan semua bahan bersama air gula dan 5 hiris buah peach.
4. Susun baki buah peach dalam Loyang kulit tart yang dibakar 10 minit tadi.
5. Tuangkan adunan blander kedalam kulit Loyang bagi menutupi sama paras dengan kulit tart.
6. Kemudian bakar.

Nota :
1.Adunan jangan kembang bertujuan untuk mengelakkan adunan menjadi rapuh dan mudah hancur.
2. Tujuan memasukkan doh dalam peti sejuk bertujuan untuk set kan semula butter yang dah cair ketika di uli selain untuk memberi kulit yang rangup.
3.Ketika bakar kulit tart iaitu sebelum masukkan inti.. sebaiknya kulit tart ditindih dengan kekacang yang dilapik dengan aluminium paper. saya guna kacang ginjal.

Selamat mencuba... Kakungkakung!!



Thursday, 12 June 2014

Croissant & Danish

 
 
 

Croissant
 
 
 
 
Danish
 
 
CROISSANT/DANISH
BAHAN A
500gm   tepung roti
500gm   tepung gandum
18gm     yis kering (ambil dua paket)
160gm   gula halus
20gm     bread   improver
20gm     garam
80gm     susu tepung
BAHAN B
450gm   air sejuk
3 biji       telur
 
BAHAN C
200gm mentega
 
BAHAN D
250gm   marjerin pastri
Cara Membuat
Campurkan bahan A dan gaul selama 3 minit. Masukkan bahan B dan gaul 3 minit. Masukkan bahan C dan uli selama 24 minit. Lepas itu lapiskan dengan marjerin pastri dan lapis sebanyak 6-8 kali. (setiap kali lipat, tabur/lumurkan tepung gandum, siap lipat, rehatkan dalam masa 5 minit).
Setelah doh siap rehatkan dalam peti sejuk dalam masa 15 minit untuk bagi doh keras sedikit. Biasanya lepas melapis doh akan menjadi lembik berikutan marjerin pasti menjadi lembut akibat suhu panas pada tangan. sebaiknya ketika sediakan doh pastry pada suhu yang lebih sejuk dalam rumah. Kemudian Doh sedia untuk dibentukan.
maaf ye.. gambar bentuk kedua-dua pastry ini saya tak simpan.. so kalau nak tau mcm mana nak bentuk boleh le cari kat blog lain. hihihi
 
Selamat mencuba!!
kakungkakung!!!



Mee Ketadang!!

 
 


hahaha... tadaa.. this is mee ketadang!! mesti anda semua tepikir2 apa tu mee ketadang kan? mee ni sebenarnya mee kari udang galah.. tapi diberi nama ketadang sebab bukan sekadar udang ketam pun ada. Maka jadilah ketadang... ni pun salah satu resepi yang diajar di RKK. Dek kerana dapat udang dan ketam free so masuk je jadikan kuah.. malas nak masak 2 3 kali.. hihihi.. so Jom kita masak!!

Bahan-bahan

Bahan A
3 ulas bawang Putih
3 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
2 inci halia

Bahan B

3 Batang Serai
1 pek kecil rempah tumis (bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih)
2 pek kecil rempah kari ikan
300 g santan pekat
2 bungkus mee kuning
100 gm bebola ikan
10 biji tauhu kering
300 g udang galah
3 ekor ketam
garam
gula
minyak masak
3 cawan air

Hiasan
Taugeh
limau nipis
bawang kering
daun bawang

Penyediaan :

1) kisar bahan A dan tumis bersama rempah tumis dan serai yang diketuk. Tumis hingga naik bau.
2) Masukkan rempah kari ikan dan tumis hingga rempah masak.
3) Masukkan udang dan ketam serta sedikit air. Setelah uadang dan ketam separuh masak masukkan santan dan air.
4) masukkan tauhu kering dan bebola ikan serta masak hingga kuah mendidih.
5)Perasakan dengan garam dan gula mengikut kesukaan anda.
6) Setelah kuah siap makan boleh la dihidang panas-panas. jangan lupa mee kuning di celur terlebih dahulu. Hiaskan dengan taugeh, limau nipis baeang kering dan daun bawang.


Selamat mencuba semua!!

Kakungkakung!

Chicken Spring Roll





Chicken Spring Roll
Resepi ini adalah dikategorikan dalam pastry lapis.. kenapa lapis? sebab doh pastry berlapis-lapis.. macam mana jadi berlapis-lapis? haa... inilah rahsianya.. hihihi
 

Bahan Kulit


1 kg                        tepung Gandum

5 sudu makan    mentega/ butter (100 gm)

1 sudu teh           garam

1 sudu makan    Jus lemon (meranggupkan doh)

480 ml                   air

300 g                      majerin pastry (untuk melapis)

20 btg                    chicken sosej

 

Cara membuat

Masukkan tepung, mentega, garam serta jus lemon. Uli sehingga semua bahan rata dan doh menjadi kenyal. Rehatkan selama 15 minit. Canaikan doh kepada senipis 1 inci. Canaikan majerin pastry dengan menggunakan plastik dan letakkan di sebahagian adunan doh yang dicanaikan. Lipat doh tersebut untuk kali pertama dan canaikan. Kemudian lipat untuk kali-2 dan canaikan. Ulangi teknik ini sebanyak 8 kali lapisan. Lapisan yang terakhir perlulah senipis ½ inci.rehatkan doh selama 15 minit. Buat potongan doh mengikut saiz sosej. Lipat sosej dalam doh dan buat kelaran pada sosej sebanyak 7 bahagian (pastikan tidak putus). Sapu dengan bahan gliss dan bakar pada suhu 180’c selama 15-20 minit.
 
Nota: Majerin pastry tu biasanya da jual kat kedai yang dah siap.. so senang dan mudah nak guna berbanding kalau nak buat sendiri.
 
Selamat mencuba!!
Kakungkakung!!

Snow Cheese Cake

 
 


Snow cheese kek ni sangat popular satu ketika sebab limpahan cheese diatas kek. Saya paling suka buat kek ni.. kos yang agak murah dan dapat jual mahal..hihihi.. so apa lagi.. sila la cuba.


Asas Kek Span

4 Biji                       Telur

2 biji                       Telur Kuning

100 gm                  Gula kastor

100 gm                  Tepung Hong Kong

60gm                     Tepung Jagung

50gm                     Air sejuk

2 sudu makan    Ovellet

75gm                     Butter (di Cairkan)

1 sudu teh           Cheese paste

1 Sudu teh          essen Vanilla

1 sudu teh           Serbuk penaik

Topping

250gm                   Cream Cheese 

100gm                   Susu pekat

150gm                   Chedar cheese(di parut)

 

Kertas Minyak

Cara membuat :

 

1.       Campurkan semua bahan telur, telur kuning, gula kastor, tepung hong kong, tepung jagung, air, ovellet, cheese paste , essen vanilla dan serbuk penaik. Pukul hingga betul-betul kembang dan gebu.

2.       Setelah adunan naik dengan kembang dan gebu masukkan butter yang dicairkan. Putarkan selama 1 minit sahaja hingga butter sebati dengan adunan.

3.       Lapikkan acuan kek dengan kertas minyak. Tuangkan adunan dan bakar selama 45 minit dengan kepanasan 180’c.

4.       Setelah kek masak sejukkan dan simpan dalam peti sejuk selama 1 jam untuk dapatkan tekstur kek yang lembut dan tidak bederai.

5.       Bagi bahan topping, putar cream cheese bersama susu pekat sehinga adunan menjadi licin.

6.       Potong kek pada dua bahagian, sapukan bahan topping di tengah kek dan di atas kek. Taburkan parutan chedar cheese di atas topping.

7.       Sedia untuk dihidangkan.
 
Selamat mencuba!!!
Kakaungkakung!!

Tuesday, 20 May 2014

Ikan 3 Rasa

 

hai semua.. ikan 3 rasa ni dimasak masa kelas bersama Rumah kanak-kank Kuching 3 minggu lepas. Mak jemah busy sangat dengan urusan dunia lain sampai tak sempat nak update kakungkakung ni!!

Bahan-bahan

1/2 kg         Ikan bawal (nak guna ikan lain pun boleh)
1 tin           Nenas (potong dadu)
3 biji          Tomato (potong dadu)
2 biji          Bawang besar (potong ring)
2 tangkai    Cili besar merah (hiris nipis - kalau nak pedas guna cili padi)
2 tangkai    Cili besar hijau (hiris nipis)
2 sudu        Cili Giling (adabi)
2 Sudu       Kicap pekat ( Sedap)
5 Sudu       Sos tomato
5 sudu        Sos Cili
1/2 botol    Sos plum
secubit       garam
Secubit      gula
2 ulas        Bawang Merah Kecik (hiris nipis)
2 ulas        Bawang Putih (hiris nipis)
1 inci         Halia (hiris nipis)

Cara Penyediaan

1. Ikan tu goring dulu ye.. sama ada nak goreng biasa kunyit garam je atau goreng guna tepung pun ok.
2. Tumiskan halia, bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili giling.
3. Masukkan kicap, sos tomato, sos cili dan sos plum. Letakkan sikit air jika pekat. kemudian masukkan bawang besar, tomato dan nenas. kacau hingga sebati masukkan cili hijau dan cili merah.
4. Perasakan dengan garam dan gula.
5. Tuangkan kuah pada ikan yang digoreng.

Tada!!! dah siap pun.. senang je ni..

selamat mencuba!!!

Kakungkakung!!!

Wednesday, 23 April 2014

Ayam Kuzi Bersama Nasi Tomato

 
 
 
Ayam Kuzi Bersam Nasi Tomato
 
 
 
Salam Semua!!
 
Setiap hari rabu team Geng Hebat terlibat dengan kursus tabung amanah bersama Rumah Kanak-kanak Kuching di Batu 10, Kuching. Program ini adalah anjuran bersama dalam memberi kemahiran memasak kepada kanak-kanak di rumah pelindungan tu.
 
 
Rabu lepas turn saya dengan menu Ayam Kuzi. Well tak penah buat pun sebenarnya selak-selak buku resepi Sedapnya.. Hidangan Kegemaran Chef Wan. I lov this book so much.. terutama apa-apa buku masakan dari chef wan.
 
 
Pada saya.. chef wan ni masak dengan penuh passion so bila dia masak tu penuh dengan minat masak dan iklas sebab tu masakan dia sedap. Rahsia nak masak dengan sedap ni  adalah masaklah dengan penuh passion dan kasih sayang. InsyaAllah sedapla masakan kita nanti.
 
Berbalik kepada kursus ini, sepatutnya dalam jadual masak ayam kuzi je tapi macam pelik la pulak dah masak lauk pastu makan macam tu je.. so sebelum mula masak tengok bahan-bahan yang ada sesuai masak nasi tomato.
 
 
so let start cooking!!!
 
 
     AYAM KUZI
 
 
      Bahan-bahan
       ½ cawan minyak sapi
       3 sudu besar rempah kari daging
       2 helai daun pandan (disimpul)
       600 gm isi ayam
       3 sudu besar tomato puri
       1 cawan yogurt asli
       1 cawan air
       ½ cawan kismis hitam
       Sedikit Garam
       Sedikit Gula
     ¼ cawan kerisik
     Daun ketumbar (dihiris)
 
     Dikisar Halus-halus
 
     10 tangkai cili
     6 tangkai cili hijau
     6 tangkai cili merah
     15 ulas bawang merah
     1 biji bawang besar
     1 cm halia
 
       Cara Penyediaan
 
1.       Panaskan minyak sapi dan tumis bahan kisar bersama rempah kari dan daun pandan hingga naik bau.
2.       Masukkan ayam  dan tomato puri masak hingga empok.
3.       Tambah yogurt, air, kismis hitam, garam dan gula. Masak hingga empok dan masuk kerisik. masak biar kuah agak kering ye.
4.       Hias dengan daun ketumbar.
 
 
 
NASI TOMATO
 
 
Bahan-bahan
 
 
1 Kg                    Beras
1 set                   bahan tumis bungkus kecik ( bunga lawing, bunga cengkih, kulit kayu manis)
3 sudu besar     minyak sapi
3 ulas                 bawang merah (hiris nipis)
3 ulas                 bawang putih (hiris nipis)
1 inci                  halia
1 tin                    tomato puri
1 tin                    Susu cair
secubit               Garam
5 cawan             Air
 
Penyediaan
 
 
1. Tumiskankan herba tumis bersama bawang merah, bawang putih dan halia menggunakan minyak sapi. (periuk rice cooker guna atas dapur biasa dulu)
2. apabila dah naik bau masukkan beras dan gaul sekata. Masukkan tomato puri dan susu cair dan kacau rata.
3. masukkan air dan garam (rasa sikit ada rasa lemak garam tak). pastikan air lebih banyak dari beras. sama macam masak nasi biasa. Pastu letakkan periuk dalam rice cooker dan masak beras hingga masak. 
4. Bila nasi dah mode warm. check beras dah masak sepenuhnya tau tidak. sekira masih tak masak tambah air sikit-sikit serta kacau rata dan tutup rice cooker dan biar hingga masak sempurna. 
 
 
 
nota : dah siap semua boleh dihidang!!1
 
 
selamat mencuba!
 
Kakungkakung!!